Categories: SelebritiTrending

Lama Tak ‘Update’ Anak Di IG, Lufya Omar Maklum Anak Demam Teruk – “2 Minggu Jugak Naik Baik Sampai Kurus”

Sebelum ini, penyanyi dan pelakon Lufya Omar sering memuat naik foto dan video bersama puteri tunggalnya, Laana Haura.

Namun, sejak kebelakangan ini, dia dilihat jarang memuat naik mengenai anaknya menjadi tanda tanya dalam kalangan warganet.

Susulan itu, Lufya tampil menjelaskan bahawa anaknya itu berada dalam keadaan tidak sihat dan mengambil keputusan untuk tidak kemaskini mengenai Haura buat masa sekarang.

“People been asking why lama tak tengok Haura kat IG? For now i decided not to post anything about her.

“Since she down with a bad fever. It’s so frustating tengok anak sakit macam tu. 2 minggu jugak nak baik sampai kurus,” kongsinya.

Malah, Lufya juga menyatakan anaknya itu sentiasa selamat di bawah jagaannya dan memohon orang ramai mendoakan keselamatan dan kesejahteraan buat mereka.

“So when u ask about her… she will always be safe with me. InsyaAllah doakan keselamatan dan kesejahteraan kami,” tulis Lufya.

Untuk rekod, Lufya pernah berkahwin dengan Dr Che Hafiz pada 26 November 2016 namun bercerai pada 17 Jun 2020.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Laana Haura.

Artikel Berkaitan: “Lelaki Yang Angkat Tangan Pada Wanita Itu Lemah!” – Lufya Omar

Artikel Berkaitan: Kena Warning Aib Suami Akan Disebarkan, Julia Farhana Tampil Mohon Maaf Pada Lufya Omar – “Saya Hanya Cakap Pasal…”

Artikel Berkaitan: Lufya Omar Bagi Amaran Nak Dedah Video Bekas Suami, Minta Julia Farhana Berhenti Guna Nama Anak… Beri Masa 24 Jam Buat Permohonan Maaf!

Artikel Berkaitan: Anak Perempuan Sudah Mula Tanya Soalan Tentang Bapa, Lufya Omar Selalu Ubah Topik – “Saya Tak Mahu Cakap Perkara Tak Baik…”

Atiqah Johari