Selebriti By: Atiqah Johari October 6, 2023 @ 2:30pm

Majed Salleh Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Jantung

Industri seni menerima perkhabaran duka di mana pelakon dan pengarah Majed Saleh dimaklumkan telah meninggal dunia pada pagi Jumaat.

Memetik laporan mStar, berita tersebut telah disahkan oleh isteri Allahyarham, Nur Shida Mohd Zikir.

Shida memaklumkan bahawa suaminya itu meninggal akibat komplikasi jantung yang mengakibatkan kesan pada organ buah pinggang dan hati.

Shida yang juga kakak kepada penyanyi Shiha Zikir ini memberitahu bahawa Allahyarham Majed sudah mendapat rawatan selama dua minggu di Hospital Selayang.

“Suami saya meninggal dunia selepas azan Subuh pagi (Jumaat) tadi di Hospital Selayang. Dia mempunyai komplikasi jantung dan terbaru dia dimasukkan ke hospital kerana sudah memberi kesan kepada buah pinggang dan hati.

“Disebabkan itu keadaannya semakin teruk. Dia sudah berada di hospital kira-kira dua minggu,” kongsinya kepada wartawan mStar.

Untuk makluman, Majed telah kembali ke rahmatullah pada umur 65 tahun.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 12 Jan 2023

Cara Cakap Kena Tegur, Netizen Terhibur Dengar Maryam Durian Kimchi Mengucap

Comel je Maryam ni! Banyak dah improvement cakap BM

Kisah Viral Wed, 28 Dec 2022
Events Thu, 23 Apr 2020