Categories: SelebritiTrending

“Malaysia Senang Nak Jadi ‘Famous’… Lagu Raya Nyanyi Sumbang, Hina SPM, Jadi Bapak Ayam” – Amin Idris

Penceramah motivasi, Amin Idris menyifatkan individu yang melakukan perkara negatif dan tidak bermoral mudah untuk menempa nama sekaligus menjadi popular.

Terbaharu, Amin turut menyelar tindakan sebuah podcast yang menjemput individu yang terlibat dalam aktiviti persundalan untuk ditemu bual.

“Malaysia ni senang nak jadi ‘famous’. Buat lagu raya nyanyi sumbang, hina exam SPM, terbaru jadi bapak ayam, zaaaaasss sekelip mata jadi ‘selebriti’,” luahnya.

Susulan itu, Amin meminta orang ramai untuk tidak menjadi individu-individu seperti ini menjadi terkenal.

Malah, dia berasa kesal apabila nilai dan ilmu dipandang sepi dan sendu masa kini.

“Please… tolonglah… stop making stupid people famous. NILAI & ILMU dipandang sepi & sendu,” tulisnya lagi.

Menjengah diruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan warganet bersetuju dengan pendapat yang dilontarkannya.

Atiqah Johari