Categories: SelebritiTrending

Muat Naik Foto Produk Solekan Yang Didakwa Pro-Israel, Ameera Khan Kena Kecam Netizen

Personaliti media sosial dan model, Ameera Khan memuat naik beberapa keping foto barang solekan di Instagram dan ia mengundang kecaman segelintir warganet.

Menerusi hantarannya itu, Ameera memuat naik foto barang solekan sebuah jenama antarabangsa yang didakwa memberi sokongan terhadap Israel.

Ruangan komen Ameera yang juga merupakan adik kepada selebriti popular Neelofa itu diserang oleh warganet.

Malah, ada warganet yang memintanya untuk tidak lagi berkolaborasi dengan produk tersebut apabila jenama itu didakwa telah memecat model antarabangsa, Bella Hadid dan menggantikan dengan model dari Israel.

Tidak kurang juga, ada yang mempertikai tindakan Ameera yang banyak memberi kesedaran tentang Palestin menerusi Instagram Storiesnya (IGS) namun mempromosikan produk tersebut di Instagram Feed.

Artikel Berkaitan: Sering Tular Video Mesra Bersama, Ameera Khan Perjelas Gosip Dikatakan Bercinta Dengan Meerqeen

Artikel Berkaitan: Didakwa Keluar ‘Dating’ Ketika Berada Di Paris, Kelibat Ameera Khan & Meerqeen Cetus Spekulasi – “Sepadan! Tapi Nak Dengan LMK Poket Kena Tebal”

Artikel Berkaitan: Hadiah Birthday Dapat Kereta Mewah, Netizen Anggap Ameera Khan Bertuah -“Born With A Silver Spoon”

Artikel Berkaitan: Ibu Bersyukur Anak Tiada Masalah Sosial, Ameera Khan Enggan Komen Dakwaan Berjudi Lumba Kuda – “Fikirlah Apa Yang Anda Nak Fikir…”

Atiqah Johari