Categories: SelebritiTrending

Produk Dapat Sambutan, Individu Tuduh Ali Puteh Guna ‘Mandrem’? – “Adat Orang Melayu Bila Berniaga”

Umum mengetahui, pelawak Ali Puteh kini menjalankan perniagaan berasaskan makanan di atas talian.

Malah, produknya itu mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai.

Namun, Ali mendedahkan bahawa ada individu menuduhnya menggunakan pelaris.

“Dia guna mandrem tu untuk buat korang beli lagi.. tak risau ke order tu?,” tulis individu tu.

Bukan itu sahaja, individu itu juga mendakwa Ali telah menyihir kakak iparnya iaitu Siti Norhidayah.

“Kakak ipar pun sanggup buat camtu apatah lagi netizen… mandrem tu apa?,” katanya lagi.

Tidak cepat melatah, Ali menganggap tuduhan tersebut sebagai adat orang Melayu apabila berjaya dalam perniagaan.

“Adat orang Melayu bila berniaga… bila laku laris akan keluarlah ayat begini… hehehe,” tulis Ali.

Terdahulu, Ali mengakui bahawa karier seninya terganggu akibat konflik yang dihadapinya bersama balu Allahyarham Abam Bocey.

Artikel Berkaitan: “Saya Bukan Penjenayah Tapi…” – Ali Puteh Pelik Kerjaya Terganggu Akibat Isu Hidayah, Janji Langsai RM60,000 Sebelum Raya

Artikel Berkaitan: Kurang Tawaran Berlakon, Ali Puteh Kini ‘Struggle’ Jual Pakaian Kanak-Kanak & Minyak Wangi Di TikTok

Artikel Berkaitan: “Jangan Buat-Buat Lupa Ya!” – Lantang Tuntut Hutang, Hidayah Dedah Ali Puteh Belum Bayar RM76,167.28

Atiqah Johari