Categories: SelebritiTrending

Rumah Tangga Didakwa Goyah, Ini Respons Shila Amzah – “Sebab Tu Jangan Main FB”

Penyanyi popular, Shila Amzah menjawab dakwaan yang mengatakan bahawa rumah tangganya yang baru dibina kini hampir terlerai.

Menerusi sesi soal jawab di InstaStorynya, ada individu memaklumkan kepada Shila mengenai artikel palsu yang mendakwa rumah tangganya goyah.

“Dalam posting Facebook (FB) ada nampak orang kata Shila Amzah dah nak bercerai. Kurang ajar ya posting FB,” kata individu itu.

Tidak berdiam diri, pelantun lagu Patah Seribu ini tampil bersuara dan menjelaskan perkara sebenar.

Katanya, hantaran yang berada di platform tersebut semakin teruk dengan menggunakan ‘click bait’ yang mendatangkan fitnah.

“Sebab tu jangan main FB, dah teruk sangat dah dia punya news… click bait dah tak pikir benda betul ke fitnah ke.

“Kalau kita terdetik mempercayai dahhh satu hal jadi dosa pulak kita,” jawabnya.

Untuk rekod, Shila selamat mendirikan rumah tangga bersama pempengaruh, Ubai Mz pada 5 Ogos lalu.

Sebelum ini, Shila pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Edraki Elias pada April 2018.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang putera tunggal iaitu Seth Uwais, 4.

Namun begitu, mereka sah bercerai pada Februari 2022.

Artikel Berkaitan: Shila Amzah Luah Rasa Terkilan Ada Pihak Ambil Kesempatan Harga Buat ‘Content’ Dengan Ubai – “Dari Masa Bertunang Lagi Dah Kena…”

Artikel Berkaitan: Baju Pink Sendat Jadi Usikan, Shila Amzah Rehat Guna Media Sosial? – “Ia Menjadi Tempat Agak Toksik Untuk Saya”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Beri Pesanan Buat Kaum Lelaki Elak Didatangi Penyondol, Gelagat Shila Amzah Cakap ‘Slang’ Sabah Bikin Netizen Terhibur

Artikel Berkaitan: Dengan Sekali Lafaz, Shila Amzah Sah Bergelar Isteri Kepada Ubai MZ

Atiqah Johari