Categories: SelebritiTrending

“Saya Bertugas Sebagai…” – Bukan Peguam Bertauliah, Fathia Latiff Mohon Maaf Atas Kekeliruan

Sebelum ini, pelakon cantik Fathia Latiff memaklumkan bahawa kini dia merupakan seorang pengamal undang-undang menerusi hantaran di Instagramnya.

Artikel Berkaitan: Lama Menyepi, Fathia Latiff Kini Bergelar Pengamal Undang-Undang?

Walaubagaimanapun, Fathia Latiff tampil memberi penjelasan mengenai kenyataannya itu dengan menyatakan dia bukanlah seorang peguam bertauliah.

Malah, dia hanya bertugas sebagai seorang kerani di sebuah firma guaman tersebut.

“Salam. Saya ingin menegaskan bahawa saya bertugas sebagai seorang kerani di sebuah firma guaman. Saya bukanlah merupakan seorang peguam bertauliah sebagaimana yang digambarkan dan difahami oleh sebahagian pihak.

“Sesungguhnya ini adalah salah faham yang tidak disengajakan di mana saya telah terlepas pandang,” katanya.

Dalam pada itu, Fathia memohon maaf mengenai kenyataannya sebelum ini sehingga menjadi salah faham kepada mana-mana pihak.

“Saya memohon maaf kepada semua pihak sekiranya sebarang kenyataan saya di media sosial saya telah menimbulkan kekeliruan kepada mana-mana pihak,” tulisnya.

Atiqah Johari