Categories: SelebritiTrending

“Saya Syukur Dapat Hirup Udara Lebih” – Wajah Dulu & Kini Dibandingkan, Shiha Zikir Tepis Dakwaan Buat Hidung

Tiada angin, tiada ribut timbul pula spekulasi yang mendakwa penyanyi dan pelakon Shiha Zikir membuat pembedahan muka.

Bukan itu sahaja, ada warganet siap membandingkan wajahnya yang dahulu dengan sekarang dan mendakwa dia melakukan pembedahan di bahagian hidung.

Tidak cepat melatah, menerusi temu bual Melodi, Shiha tampil memperjelaskan perkara yang sebenar.

Katanya, dia dulu berperwatakan seperti lelaki dan tidak pandai bersolek namun setelah terlibat dalam dunia seni dia perlu kelihatan ‘presentable’.

Shiha juga menyangkal dakwaan melakukan pembedahan sebaliknya hanya mengenakan solekan.

“Kalau saya ada buat apa-apa (pembedahan muka) kan muka saya ini tak ada penuh skrin korang.

“Dulu dan sekarang, kalau orang tengok gambar saya dulu memang bezalah, saya dulu ‘boyish’ tak reti bersolek memang pendek kata perangai tu lelaki lah dulu. Dulu ni manalah nak ada skincare apanya sampai sekarang pun.

“Cuma sekarang ini, bila dah jadi penyanyi ni kenalah bersolek sikit, shading sikit tapi apa-apa pun bagi saya dah kerja ni kenalah nampak presentable sikit… mungkin berbeza dulu dengan sekarang cuma saya tak adanya nak buat pembedahan apa benda, kalau tak dik saya dah buat lama dah,” jelasya.

Malah, pelantun lagu Tusuk ini juga bersyukur dengan apa yang dimilikinya dan menasihati orang ramai untuk percaya diri.

“Kalau dulu mungkin rasa macam nak buatlah, bagi nampak hidung ni kecil sikit. Saya masih bersyukur sebab saya sekurang-kurang saya hirup udara lebih banyak daripada orang lain.

“Dan saya nak nasihatkan kepada orang ramai yang mungkin rasa banyak kekurangan diri, yang mungkin judge ‘cantiknya dia, nak jadi macam dia’ tak payah percaya tambah kalau tengok dekat media sosial semua orang pakai apps, saya sendiri pakai dua tiga lapis filter.

“Cuma bagi saya percaya pada diri, bila orang lain nak buat muka ke apa, biarkan. Kita jangan judge. Bagi saya itu mungkin hak dia tapi macam saya muka besar aku shading!,” katanya.

Dalam pada itu, Shiha juga berpendirian tegas enggan melakukan sebarang pembedahan muka walaupun ditaja dan hanya akan mengamalkan gaya hidup sihat.

“No! saya tak nak ubah apa-apa. Kalau satu hari nanti ‘eh kenapa Shiha macam runcing, kurus’ saya mengamalkan kehidupan yang sihat,” ujarnya lagi.

Sumber: Melodi

Atiqah Johari