#SkoolXTRA Setiap Tahun Jadi Juara Buat Puisi Dan Lagu, Pelajar Paling Ditakuti Ramai Sebab… Ini Momen Menarik Farisha Iris Ketika Di Sekolah!

Segment #SkoolXTRA hari ini menampilkan penyanyi Farisha Iris yang mengimbas kembali memori di bangku sekolah dahulu.

Fuh! Kalau anda nak tahu Farisha dulu seorang yang garang! Betul ke Farisha?

Jom kita ‘throwback’ balik momen-momen Farisha Iris dulu-dulu. Katanya dulu dia suka join pertandingan menyanyi dekat sekolah. Wow!

Jadi Pengawas Sekolah

“Saya pernah jadi pengawas waktu sekolah rendah. Walaupun saya pengawas kadang-kadang saya tak mengawas sangat pun sebab tak dapat nak bersama kawan-kawan lain.

“Sekolah menengah pula saya jadi pengawas pusat sumber. Yang menariknya baju pengawas itu warna hijau. Setiap habis kelas, saya kena pergi pusat sumber sampai 5 petang.

Pelajar Ditakuti Ramai

“Saya antara pelajar ditakuti ramai sebab saya seorang yang garang.

“Waktu-waktu sekolah juga saya tak ada nak pasang ‘boyfriend’ okay!

Jadi Juara 5 Tahun Berturut-turut

“Saya selalu join pertandingan menyanyi, setiap tahun saya akan join pertandingan Puisi dan Lagu. Saya kena buat lagu dengan tema yang diberi.

“Selama 5 tahun, saya kaut juara Puisi dan Lagu. Bukan itu sahaja saya juga menang Vokal Terbaik tau!

Fuh! Hebat juga ya Farisha dulu dekat sekolah! Siap boleh buat lagu!

Khairil Khusyairi