Selebriti By: Atiqah Johari December 4, 2023 @ 7:53pm

Tak Padan Dengan Umur! Aktres Senior Didakwa Jadi Perosak Rumah Tangga & Ugut Keluarga Skandal? – “Jangan Sampai Bapak Kau Lupa Mak Kau!”

Baru-baru ini, individu wanita tampil mendedahkan bahawa seorang pelakon wanita senior menjalin hubungan dan mengganggu rumah tangga seorang lelaki yang berstatus suami orang.

Menerusi video temu bual Melodi TV3, wanita yang mengaku sebagai rakan kepada keluarga itu mendakwa pelakon wanita tersebut telah menyeksa kehidupan keluarga itu dengan perbuatan jahatnya.

Bukan itu sahaja, hubungan ibu bapa rakannya itu juga didakwa sedang goyah dan menunggu hari untuk bercerai gara-gara aktres itu.

“Saya cerita ini untuk kebaikan kawan saya yang dah lama terseksa. Saya tak boleh tengok kawan saya menderita dengan apa yang pelakon wanita itu buat.

“Bapa kawan saya ni dah macam angau dengan seorang pelakon ni. Tak tahulah kena mandrem ke apa. Dia ikut kemahuan pelakon wanita itu. Dia bagi duit, dengan drama air mata dia banyak kisah buruk yang korang tak tahu.

“Saya nak cerita ni pun geram! Hubungan mak dan ayah dia retak menanti belah nak bercerai. Saya dapat tahu bapa kawan saya dah angau. Dengan keluarga dah tak nampak macam keluarga, balik rumah marah.

“Saya bukan nak buka aib mana-mana orang. Macam tak sangka pelakon wanita yang korang sangka baik, suci, menangis dekat depan tv sebenarnya mengganggu rumah tangga orang. Bapa kawan saya macam dah tak berakal, kalau tengok anak macam tak kenal,” ujarnya.

Lebih parah, pelakon wanita yang disangka baik dan penuh dengan drama air mata itu turut mengugut keluarga rakannya itu.

“Mak kawan saya tu pernah kena ugut dengan pelakon, kena jerit. Bila mak kawan saya tu jumpa dengan dia (pelakon) tanya, dia kata bapa kawan saya pula yang terhegeh-hegeh dengan dia.

“Bila tengok mesej dia dengan bapa kawan saya… tak padan dengan umur! Kubur kata mari, masih tak sedar diri.
“Ini paling saya geram! Dia cakap ugut kawan saya tu ‘Jangan sampai bapak kau lupa mak kau dengan keluarga kau’

“Sebenarnya, saya cerita supaya tak terjadi pada orang luar yang mungkin nampak dia kasihan rupanya dia perempuan bertopengkan syaitan.

“Pelakon tu minta duit dengan bapa kawan saya untuk buat bisnes, habis duit bapa kawan saya tolong pelakon tu buat bisnes.

“Kepada pelakon itu, taubatlah! Apa yang awak buat ni salah, jangan nak musnahkan rumah tangga yang dibina. Ingat tuhan tu tahu perbuatan awak buat!,” pesan individu itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MELODI TV3 OFFICIAL (@meloditv3)

Sumber: Melodi TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 9 Feb 2023

KJ Sah Jadi DJ Hot FM Mulai Rabu Depan

Fuh! Tak sabarnya nak dengar KJ dekat Bekpes Hot nanti!

Trending Tue, 9 Jun 2020
Trending Mon, 24 Sep 2018
Hiburan Tue, 13 Aug 2019

Al-Fatihah…Tiada Lagi Adik Ikhwan

Al-Fatihah…Dari dia kita datang, kepada dia kita kembali.

Trending Thu, 11 Oct 2018

1943年旧照赫见「西装男低头滑手机」

智慧型手机可说是近代最好、最便利的发明之一,然而,最近推特上疯传一张照片,照片拍摄于1943年,却有人「低头滑手机」?

Hiburan Wed, 4 Sep 2019

Gamit Nostalgia…Awie Serap Mood ‘Jiwang’

Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman memaklumkan dia juga sudah ‘melamar’ beberapa penyanyi popular antaranya…