Selebriti By: Atiqah Johari December 22, 2023 @ 7:55pm

Terharu Dipuji Siti Nurhaliza, Aisha Retno Jadikan Motivasi Buat Yang Terbaik Di AJL38 – “Terima Kasih Percaya Bakat Baharu”

Penyanyi Aisha Retno akui berasa terharu apabila menerima pujian daripada penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila lagunya berjaya layak ke pentas Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38) pada Mac tahun depan.

Bukan itu sahaja, Aisha juga menerima pujian daripada ketua juri AJL38, Datuk Mokhzani menerusi lagunya yang berjudul Sutera itu.

“Terima kasih Datuk Mokhzani, Tokti kerana percayakan bakat-bakat baru, ini yang saya sangat hargai dengan artis di Malaysia kerana meskipun mereka dah lama berpuluh tahun bertapak dalam industri tapi artis-artis senior ni sangat respect pendatang baharu,” luahnya.

Susulan mendapat pujian dan komen positif daripada ramai pihak, Aisha menjadikan ia sebagai salah satu semangat untuk melakukan yang terbaik.

“Tokti memberi penyuntik semangat untuk saya lebih giat dalam AJL. Jadi, saya tak nak menghampakan legenda dalam industri muzik dan akan memberikan persembahan terbaik ketika di AJL nanti,” kata Aisha.

Dalam pada itu, Aisha turut memaklumkan bahawa pujian yang diterima sedikit sebanyak memberinya tekanan kerana beranggapan orang meletakkan tanggapan yang tinggi padanya.

“Sangat pressure, bukan dari segi dapat pujian tetapi lagu tu sendiri. Lagu Sutera sebenarnya diluar genre keselesaan saya. Saya dikenali sebagai penyanyi lagu R&B dan ballad, lagu Sutera pula genre etnik dan EDM, sangat jauh.

“Bila saya release lagu ni saya tak sangka pun untuk sampai ke titik ini. Banyak benda yang boleh dilaksanakan, kemungkinan besar expectation orang kepada saya sangat tinggi. Saya hanya meminta untuk mendapat team yang solid untuk membantu saya, saya tak boleh berseorangan untuk menjayakan misi AJL ini,” ujarnya lagi.

Selain Aisha, 11 finalis AJL38 yang lain ialah Aina Abdul (Jangan Mati Rasa Itu), Ziana Zain & Hasif Upin (Waktu), Shiha Zikir (Kalam), Marsha Milan (Darah), Ernie Zakri (Astana), Hael Husaini (Bintang), Amir Jahari (Hasrat), Khai Bahar dan Nabila Razali (Selagi Ku Ada), Masdo (Inilah Jalannya), Datuk Jamal Abdillah dan Wany Hasrita (Ku Cuma).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 10 Aug 2020

Bank Rakyat Tawar Lanjutan Moratorium 3 Bulan, Cara Mohon Dengan Mudah

Buat mereka yang ingin memohon lanjutan moratorium..

Hiburan Tue, 18 Sep 2018

「技术性失误酿火灾」林德荣:受伤演员九成是老人家【内附视频】

监製林德荣、黄罕铭导演的贺岁片《大地回春》昨日拍摄期间因技术性失误酿成火灾,导致戏中22位演员受伤入院;林德荣和黄罕铭针对此事於今日在双威医院召开了记者会,交代意外的来龙去脉。

Trending Wed, 21 Aug 2019

Mattel BTS IDOL Dolls and UNO™ BTS are Now Ready to be Grabbed by ARMYs in Malaysia

The wait is over! Malaysian ARMYs can now have their favourite oppas in their rooms with dolls and cards from major retailers later this month.

Hiburan Sun, 18 Sep 2022
Featured Wed, 18 May 2022
Hiburan Fri, 15 Sep 2023