“Tolonglah Cabar Saya” – Taufiq Hanafi Mahu Bawa Watak Berbeza

Meskipun sudah bertapak agak lama didalam industri seni tempatan, pelakon aksi, Taufiq Hanafi, menginginkan satu cabaran untuk membuktikan kepada penonton bahawa dirinya juga merupakan seorang pelakon versatil.

Memetik laporan mStar, Taufiq mahu membuang stereotaip yang mengatakan dia hanya mampu untuk berlakon watak-watak aksi sahaja.

“Saya harap dapat lebih peluang daripada penerbit dan pengarah untuk melakonkan apa saja watak yang tidak hanya aksi atau lasak semata-mata. Saya sedia untuk mencuba pelbagai watak dan berilah saya cabaran itu.

“Ini adalah kerana saya sering mendapat alasan tiada watak sesuai kerana penerbit dan pengarah tidak membuat karya aksi,” katanya.

Taufiq mengakui ada kalanya dia kecewa dengan tanggapan sebegitu, memandangkan dirinya hanya dipandang sebagai pelakon aksi sahaja.

“Tolonglah cabar saya, kalau tak beri peluang bagaimana saya nak buktikan boleh berlakon watak lain juga. Saya hanya mahu kekal konsisten dalam industri dan bakat lakonan dipelbagaikan,” katanya lagi.

Bagi Taufiq dia juga terbuka dengan segala kritikan jika watak yang dimain olehnya itu tidak menjadi dan dia sedia untuk memperbaiki lakonannya.

 

Sumber: mStar

 

Dharnieya Nur Amelsa