Pelakon Idzham Ismail meluahkan rasa kecewa apabila wang simpanan berjumlah RM7,000 lesap dari akaun bank isterinya, Situ Nur Abilah Shamsudin.
Menurut Idzham, dia dan isterinya menyedari kehilangan wang dalam akaun bank itu pada Khamis lalu.
“Pada 29 April, isteri saya maklumkan bahawa dia tak dapat mengakses akaun banknya menerusi aplikasi perbankan di telefon.
“Keesokan harinya, sewaktu nak buat pembayaran untuk berbuka puasa, kad debit isteri saya tak boleh digunakan sebab dah disekat.
“Bila kami hubungi pihak bank, mereka minta kami hadir ke bank pada Isnin untuk selesaikan urusan pertukaran kad. Kebetulan, diumumkan kita akan menyambut Aidilfitri pada Isnin.
“Jadi, pada hari Raya keempat (Khamis), barulah kami ke bank di Pulau Pinang dan apabila dapat mengakses semula aplikasi perbankan, baru isteri saya tersedar bahawa RM7,000 dah hilang,” jelasnya.
Selain itu, pelakon itu mendakwa transaksi yang dibuat juga sangat mencurigakan.
“Bila kami lihat transaksi bank, dalam masa sehari, ada sekitar lapan hingga sembilan transaksi yang dibuat ke Amerika Syarikat.
“Ada transaksi berjumlah RM1,000 dan ada juga RM2,000. Memang sangat mencurigakan sebab kami tak pernah berkongsi data perbankan di mana-mana platform online,” katanya.
Bagi Idzham, jumlah RM7,000 itu adalah jumlah yang besar buat keluarganya kerana mereka telah mengumpulnya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi.
“Bagi orang lain, jumlah itu mungkin tak banyak. Tapi, bagi kami yang berusaha mengumpul wang sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, jumlah itu sangat besar.
“Menangis jugalah isteri saya bila dapat tahu apa yang berlaku. Kami dah buat laporan polis juga dan sekarang masih lagi menantikan sebarang informasi terkini.
“Pihak bank maklumkan, mereka akan hubungi kami pada Isnin. Memang harapan kami, wang itu dapat dikembalikan. Kalau sebaliknya, kami anggap sahaja itu bukan rezeki kami,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Syoknya dah halal! Selamat Pengantin Baru, Afifah & Husband!
Sedih pula dengar luahan hati Aliff Aziz untuk Bella...
Kita hormat keputusan Syasya okay.. Apa apun, Dolla sentiasa di hati!
Wah, MK jadi jahat!
Ada lagi yang Aliff ak puas hati kot tu..