Categories: SelebritiTrending

“Ya, Dia Sedang Berbadan Dua” – Harris Alif Sahkan Isteri Kini Hamil Anak Kedua

Pelakon Harris Alif mengesahkan bahawa isterinya yang juga pelakon cantik, Intan Ladyana kini sedang hamil anak kedua.

Memetik laporan Harian Metro, Harris mengakui isterinya sedang hamil namun memilih untuk tidak berkongsi secara terperinci mengenai kehamilan buat masa sekarang.

Malah, dia meminta orang ramai untuk mendoakan isterinya itu semoga dipermudahkan segala urusan kehamilan kali kedua ini.

“Ya, Intan sedang berbadan dua, usia kandungan rahsia.

“Saya minta doa orang ramai supaya urusan keluarga saya ini dipermudahkan dan dilancarkan Allah. Apabila tiba masa yang sesuai nanti, saya dan Intan sendiri akan maklumkan butir lanjut kepada semua. Sekarang belum masanya lagi.

“Ini kerana ada benda-benda yang kena bagi ‘steady’ dulu,” ujarnya kepada wartawan Harian Metro.

Sebelum ini, tular sebuah video yang dimuat naik semula oleh peminat yang memperlihatkan ‘baby bump’ Intan dan dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada warganet.

Artikel Berkaitan: “Macam Baby Boy Je” – Ruangan Komen Dibanjiri Ucapan Tahniah, Intan Ladyana Kini Hamil Anak Kedua?

Untuk rekod, Harris dan Intan berkahwin pada 5 Februari 2021.

Hasil perkongsiang hidup bersama, pasangan ini memiliki seorang cahaya mata perempuan iaitu Evie Khadeeja, 2.

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari