Selepas 7 Tahun Menanti, Madammu Akhirnya Bakal Timang Cahaya Mata!

Kerap berkongsi perjalanan in vitro fertilization (IVF) di media sosial, usahawan terkenal Eriyca Baiduri atau lebih mesra disapa Madammu mengumumkan dirinya bakal menimang cahaya mata selepas tujuh tahun berkahwin.

Berita gembira tersebut telah dikongsikan oleh Madammu sendiri menerusi sebuah perkongsian di TikTok sambil ditemani oleh suaminya, Muhammad Azri Che No.

“Alhamdulillah selepas 7 tahun penantian #ivf #ladyofnoirmalaysia #noir #5weekspregnant,” tulisnya.

@eriyca.baiduri Alhamdulillah selepas 7 tahun penantian #ivf #ladyofnoirmalaysia #noir #5weekspregnant ♬ Takkan Terganti – Maulana Ardiansyah

Perkongsian tersebut turut memperlihatkan Madammu dan suaminya menitiskan air mata kegembiraan sebagai tanda syukur selepas dirinya dimaklumkan hamil.

Difahamkan, kandungan usahawan itu juga kini baru memasuki first trimester iaitu baru berusia lima minggu.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata peminatnya memberi ucapan tahniah dengan khabar gembira tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bermulalah Journey Bedrest…” – Madammu Kongsi Perjalanan IVF, Netizen Tegur Kurangkan Bermain GajetKerap berkongsi perjalanan in vitro fertilization (IVF) di media sosial, usahawan terkenal Eriyca Baiduri atau lebih mesra disapa Madammu mengumumkan dirinya bakal menimang cahaya mata selepas tujuh tahun berkahwin.

Berita gembira tersebut telah dikongsikan oleh Madammu sendiri menerusi sebuah perkongsian di TikTok sambil ditemani oleh suaminya, Muhammad Azri Che No.

“Alhamdulillah selepas 7 tahun penantian #ivf #ladyofnoirmalaysia #noir #5weekspregnant,” tulisnya.

Perkongsian tersebut turut memperlihatkan Madammu dan suaminya menitiskan air mata kegembiraan sebagai tanda syukur selepas dirinya dimaklumkan hamil.

Difahamkan, kandungan usahawan itu juga kini baru memasuki first trimester iaitu baru berusia lima minggu.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata peminatnya memberi ucapan tahniah dengan khabar gembira tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bermulalah Journey Bedrest…” – Madammu Kongsi Perjalanan IVF, Netizen Tegur Kurangkan Bermain Gajet

Fatin Nurain