Pakai Skirt Pendek Dan Ketat, Sabronzo Diperli Netizen – “Ni Terlepas Pandang Ke Atau Sebab Kerja?”

Selepas terpalit dengan beberapa siri kontroversi,  ahli kumpulan Dolla, Sabrozo sekali lagi mencuri perhatian apabila tampil berimej seksi menerusi hantaran video di laman TikTok miliknya.

Sabronzo atau nama penuhnya, Wan Sabrina Wan Rusli, 27, kelihatan sedang menari bersama Angel yang juga ahli kumpulan tersebut.

 

Bagaimanapun, penampilan Sabronzo yang kelihatan memakai skirt pendek berwarna hitam dan ketat  itu mengundang rasa kurang senang dalam kalangan warganet.

@sabronzoooo City gworls @✧ angel *:・゚✧ ♬ original sound – luv.

 

Susulan isu tersebut, tampil segelintir netizen yang kelihatannya menyindir ahli kumpulan Dolla dengan mengaitkan isu berpakaian seksi ketika membuat persembahan pada acara Good Vibes Weekender baru-baru ini.

Malah, ada juga yang tampil mempersoalkan adakah cara pemakaiannya kali ini juga disebabkan tuntutan kerja atau sebaliknya.

Setakat artikel ini ditulis, video TikTok tersebut telahpun ditonton lebih 500,000 tontonan dan menerima lebih 50,000 tanda suka beserta komen ‘sindiran’ netizen.Selepas terpalit dengan beberapa siri kontroversi,  ahli kumpulan Dolla, Sabrozo sekali lagi mencuri perhatian apabila tampil berimej seksi menerusi hantaran video di laman TikTok miliknya.

Sabronzo atau nama penuhnya, Wan Sabrina Wan Rusli, 27, kelihatan sedang menari bersama Angel yang juga ahli kumpulan tersebut.

 

Bagaimanapun, penampilan Sabronzo yang kelihatan memakai skirt pendek berwarna hitam dan ketat  itu mengundang rasa kurang senang dalam kalangan warganet.

 

Susulan isu tersebut, tampil segelintir netizen yang kelihatannya menyindir ahli kumpulan Dolla dengan mengaitkan isu berpakaian seksi ketika membuat persembahan pada acara Good Vibes Weekender baru-baru ini.

Malah, ada juga yang tampil mempersoalkan adakah cara pemakaiannya kali ini juga disebabkan tuntutan kerja atau sebaliknya.

Setakat artikel ini ditulis, video TikTok tersebut telahpun ditonton lebih 500,000 tontonan dan menerima lebih 50,000 tanda suka beserta komen ‘sindiran’ netizen.

Salma Syahbuddin