[VIDEO] Gosok Telefon Peminat Pada Kemaluan, Ini Respons Pamungkas – “Perbuatan Tu Dipanggil ‘Fan Service'”

Heboh di ruangan media sosial mengenai kumpulan indie Indonesia terkenal, Pamungkas yang membuat aksi tidak senonoh ketika membuat persembahan secara langsung di Bengkel Night Park Cafe, Jakarta baru-baru ini.

Video tular memaparkan Pamungkas menggosok telefon bimbit salah seorang penonton di bahagian alat sulitnya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya tidak senang melihat video kurang sopan itu.

Tidak mahu imejnya terus tercemar, Pamungkas tampil menjawab mengenai video tular tersebut menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.


“Saya diam beberapa hari kebelakangan ini kerana saya sedang mengumpul maklumat, soalan, segala penghinaan dan sedang mempertimbangkan sama ada untuk bersuara atau tidak.

“Pada ketika itu, ia adalah semata-mata khidmat peminat antara saya dan peminat. Perbuatan itu adalah sama, ia dipanggil ‘fan service’.

“Ia adalah satu bentuk perbualan antara saya dan peminat serta pengalaman paling menggembirakan antara kami, okay?,” katanya.

Pamungkas membandingkan perkhidmatan fan service itu sama seperti mengambil gambar dengan peminat selepas persembahan dimana, dia tidak boleh menolak permintaan mereka.

“Ia adalah telefon bimbit. Jika saya melakukan sebarang gangguan seksual, ia sepatutnya menjadi gangguan telefon.

“Kecuali saya melakukan perbuatan itu di tempat letak kereta, atau di belakang pentas saya takan terima kritikan.

Dalam pada itu, Pamungkas turut menafikan dia berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah serta menegaskan dia tidak pernah minum di tempat kerja.

Sementara itu, pelantun lagu To The Bone ini menyedari setiap penggemar muzik mempunyai pendapat mereka masing-masing dan dia turut menegaskan tidak mempertahankan dirinya sama sekali.

“Saya mempunyai garis dalam kehidupan saya dan ia dipanggil ‘prinsip’. Jika anda mahu mengumpat saya di luar sana, saya akan diam seperti yang saya selalu lakukan.

“Saya tidak akan berbuat apa-apa kerana saya fikir tidak mengapa orang mempunyai pendapat dan kalau tak suka pun tak apa,” ujarnya lagi.

“Tetapi jika ia melibatkan penderitaan kepada salah seorang team saya, anda perlu berurusan dengan saya,” katanya yang berang pengurusnya dikejarkan ke hospital gara-gara isu ini.

Sumber: The Jakarta Post

Aqilah Paharuzi