Selepas 8 Tahun, Zara Zya & Azlee Khairi Kembali “Bercinta” Dalam….

Drama Love Your Mr Arrogant lakonan Zara Zya dan Azlee Khairi yang menaikkan nama dua pelakon itu  kini kembali menemui penonton pada 10 Jun ini.

Drama tersebut mencecah rating tertinggi ketika ditayangkan sekitar tahun 2013 dan menjadi kegilaan ramai peminat sehingga ada yang berharap pelakon utamanya iaitu Zara Zya dan Azlee Khairi benar benar menjalinkan hubungan cinta.

Drama  adaptasi daripada novel ini mengisahkan situasi perkahwinan paksa rela antara watak utama iaitu Irham dan Zaara. Masing- masing terpaksa berkahwin kerana desakan keluarga.

Gara gara tidak mahu  dijodohkan dengan Sherry (Hanez Suraya) yang merupakan menantu pilihan ibunya, Puan Sri Maryam lakonan Norish Karman. Irham juga nekad untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat kerana mahu menyelamatkan syarikat Irham Holding daripada jatuh ke tangan sepupunya, Hadry.

Perkahwinan paksa rela mereka akhirnya membibitkan perasaan cinta antara mereka namun pelbagai halangan dan dugaan terpaksa ditempuhi terpaksa daripada ibu Irham yang masih mendesak anaknya untuk berkahwin lain.

Kalau korang rindu nak tengok chemistry lakonan Zara Zya dan Azlee Khairi jangan lupa saksikan Love You Mr Arrogant pada 10 Jun iaitu dari hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di TV3 dalam slot Samarinda.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”