Selepas Kematian Goo Hara Dan Sulli, Heechul Super Junior ‘Private’ Akaun Instagram Pula

Sedih, kecewa, simpati!

Mungkin inilah perasaan yang sedang menimpa peminat K-pop diatas kematian Sulli dan kini rakan baiknya pula menyusul iaitu Goo Hara yang dilaporkan telah meninggal dunia di rumah kediamannya jam 6.30 petang semalam. 

Sumber: www.nst.com.my

 

Berikutan kematian Goo Hara, artis Kim Hee Chul daripada kumpulan Super Junior yang juga merupakan kenalan rapat kedua-dua artis tersebut kini telah ‘private’ kan pula akaun media sosial Instagram termasuklah Twitter serta mengosongkan ruang  following instagram miliknya. 

 

Sumber: Instagram Heechul

Tindakan Heechul itu dikatakan telah menimbulkan pelbagai spekulasi dikalangan  netizen kerana tindakan Heechul ini terlalu cepat dan berada diluar jangkaan.

Al-maklumlah, Heechul, Sulli dan Goo Hara sebelum ini mempunyai hubungan yang sangat erat. Manakala, Heechul juga dikatakan  membela kucing peninggalan Sulli selepas bintang Kpop ini meninggal.

 

Heechul dan Goo Hara

]

Heechul dan Sulli

Walau bagaimanapun, pemergian kedua-duanya artis wanita yang jaraknya hanya sebulan sahaja pastinya  meninggalkan kesan yang sangat mendalam buat bintang Super Junior ini. 

Sebelum ini, Sulli telah ditemui mati dengan membunuh dirinya pada Oktober lalu berpunca daripada tekanan perasaan yang dihadapi akibat sering menjadi sasaran pembuli siber.

Terdahulu, Sulli bukan sahaja antara selebriti yang meninggal akibat tekanan mental, malah terdapat beberapa selebriti  terkenal lain seperti Jang Ja Yeon daripada Boys Over Flower, Kim Jong Hyun daripada kumpulan Shinee. 

Apa-apapun , semoga tiada perkara buruk berlaku pula pada Heechul.

Baca: Penyanyi K-pop Goo Hara Ditemui Mati

Syafiqa Irdina