Selepas #kikichallenge, #Qasidahchallenge Anta Permana Pula Menyusul

Anta Permana begitu mendapat sambutan dikalangan peminat Datuk Siti Nurhaliza mahupun dikalangan artis tempatan. Malah, lagu ini juga telah mencetuskan trend di media sosial dengan #Qasidahchallenge. Antara artis yang menyahut cabaran berqasidah ini antaranya ialah, Bintang Paling Popular 2018, Wany Hasrita, Khai Bahar, Hael Husaini, Ernie Zakri, Hazama, Achey, dan ramai lagi. 

Agaknya siapakah antara mereka paling power berqasidah? Jom kita dengar #Qasidahchallenge artis-artis kita ni.

Wah, agak-agak mana satu pilihan korang? Kalau ikutkan hati, memang semuanya sedap berqasidah kan? Kepada korang yang nak tengok artis-artis kita menyahut cabaran ataupun, korang sendiri yang nak sahut cabaran #Qasidahchallenge ni, jangan lupa hashtag #Qasidahchallenge tau. Manalah tahu, Datuk Siti sendiri yang akan repost korang punya #Qasidahchallenge.
Salma Syahbuddin