Categories: Oh Lawa

Bibir Kylie Jenner Kembali Munggil, Tiga Bulan Setelah Dia ‘Mengempiskannya’

Laaa. Penulis tertipu!

Julai lalu, apabila Kylie Jenner memuat naik sebuah gambar di mana bibirnya nampak lebih kempis daripada biasa, ingatkan dia tidak lagi ingin mengambil suntikan lip filler.

Bagi anda yang tak tahu, bibirnya yang munggil semacam ini bukan natural, ya! Sejak empat tahun lalu, dia menebalkannya dengan sejenis suntikan kosmetik.

Itu sampailah 9 Julai bila dia mengumumkan yang dia telah keluarkan kesemua “isi” silikon sementara daripada dalam bibirnya. Berita itu diketahui peminat menerusi gambar ini:

Foto: Instagram @kyliejenner

Kylie pernah berkata yang sebelum ini dia rasa tak yakin dengan dirinya kerana bibir aslinya terlalu nipis. Itulah sebabnya dia membuat keputusan untuk mengambil suntikan lip filler yang perlu diperbaharui setiap 6 ke 9 bulan.

Besar kemungkinan bibirnya mempunyai pengaruh kuat terhadap kejayaan bisnes kosmetiknya, Kylie Cosmetics.

Tapi memandangkan dia dah keluarkan lip filler bibirnya, mungkin dia sudah mula menerima kenyataan yang bibirnya memang nipis.

Tengok-tengok… dia dah berpaling semula ke suntikan kosmetik ini! Jika anda perasan di akaun Instagramnya, bibirnya sudah tebal semula.

Hmm… mungkin bibir nipis langsung tak sesuai dengan rupanya kot.

Kata Pawnta, jururawat yang memberi suntikan lip filler kepada Kylie, “Saya lebih gemar bibir yang betul-betul melengkapi bentuk rupa semula jadi seseorang itu.

“Misi saya untuk Kylie adalah untuk mewujudkan sebuah bentuk bibir semula jadi yang nampak cantik. Ia semua bergantung kepada di mana suntikan itu dibuat, bukannya jumlah filler yang dimasukkan.”

Bercakap dengan 116 juta pengikut Instagramnya, Kylie berterima kasih kepada sebuah klinik di Beverly Hills kerana telah sudi menerimanya untuk sebuah rawatan “lip touch up”.

Foto: Instagram @kyliejenner

Ini bukanlah pertama kali Kylie bercerita tentang bibirnya baru-baru ini. Ogos lalu, seorang peminat telah bertanya bila dia akan mengeluarkan vlog.

Jawabnya tak lama lagi, dan ia akan berdasarkan lip filler journey yang dia telah lalui.

Apa-apa keputusan pun yang Kylie buat, yang paling penting adalah apa yang membuatkan dia rasa selesa dengan dirinya. At least bagus juga kerana dia sanggup berterus-terang dengan pengikutnya.

Sumber: Popsugar

Ad Ops