Featured By: Fatin Nurain November 6, 2022 @ 2:57pm

Selepas Ramai Tawar Diri Nak Mengorat Chombi, Ini Respons Harry Khalifah – “Kalau Nak Berkawan Tiada Masalah, Tapi…”

Semenjak nama dan lagunya mula dikenali ramai, penyanyi Chombi atau nama sebenarnya Siti Maryam sering menerima usikan warganet untuk menjadikannya sebagai pasangan hidup.

Terdahulu, Harry Khalifah yang merupakan bapanya telah memuat naik video penyanyi itu membuat susu di dapur menerusi platform TikTok, sekali gus meraih perhatian ramai kaum lelaki.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa… Awak Tak Cakap Dari Mula” – Rupa-Rupanya Chombi Penyanyi Lagu Viral Sayunk I Love You Anak Harry Khalifah, Ramai Tawar Diri Jadi Menantu!

Susulan perkara itu, Harry atau lebih mesra disapa sebagai Apak tampil memberi respons selepas menerima banyak komen yang menawarkan diri mereka untuk menjadi menantunya.

Menurut Apak, dia sentiasa bersifat terbuka untuk menerima kedatangan seorang lelaki yang ingin melamar anak kesayangannya itu.

Namun, dia tetap akan melindungi dan mengawasi anaknya buat masa kini kerana usianya yang masih berumur 15 tahun.

“Sebagai bapa, saya akan protect dia sebab dia masih lagi di bawah umur, masih 15 tahun. Kalau orang nak berkawan pun tiada masalah. Bab melamar kalau nak ikut dari segi pemilihan tu saya tak kisah, saya seorang yang terbuka.

“Kalau dia datang dan boleh jaga anak saya boleh pimpin dia dah cukup tapi jangan dipukul anak saya, sebab saya tak pernah pukul dan jentik anak saya.

“Sebab saya awasi Chombi 24jam. Kalau saya takda, ada orang lain yang akan jaga dia dan lindungi dia.

“Saya pun nasihatkan dia juga, macam mana pun dia masih 15 tahun. Selagi dia belum berkahwin dia di bawah jagaan saya sepenuhnya,” kata Apak.

Dalam pada itu, Chombi juga menyatakan dia sentiasa akan memaklumkan kepada ibu bapanya sekiranya ada lelaki yang ingin mendekatinya.

“Saya akan bagitahu ayah tak pun mommy sebab walaupun saya rapat dengan ayah, saya bagi tahu mommy dulu sebab ayah ni garang. Saya takut,” kata Chombi.

Dalam perkembangan lain, Apak turut menyatakan dirinya akan menghasilkan pelbagai genre lagu yang berbeza buat anaknya, Chombi selepas single Sayunk I Love You itu berjaya menarik perhatian pendengar.

“Sebagai pencipta lagu saya tidak pernah fokus pada satu genre. Sebelum ini lagu Chombi yang Rindu-Rindu genre dia bukan macam ni.

“Mungkin untuk next single dia saya kalau boleh saya nak lain sikit daripada lagu Sayunk I Love You. Mungkin lepas ni kita boleh buat lagu rock ikut seperti saya,” katanya.

Setakat ini, lagu yang tular di TikTok itu juga telah mencecah hampir 5 juta tontonan dan trending di tempat kedua menerusi platform YouTube.

Embed YouTube

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 11 Aug 2020

Kluster ‘Super Spreader’ Diminta Bertanggungjawab

Jangan selfish dan jadi rakyat yang prihatin

Trending Tue, 5 Jun 2018

Aeroplane Makes Emergency Landing Due to Man’s Horrible Body Odour

Passengers were even puking from the smell!

Events Sat, 27 Apr 2024
Hiburan Tue, 7 Aug 2018

Marah Dengan Bekas Suami, Lihat Apa Yang Angelina Jolie Buat…

Memiliki enam orang anak iaitu  Maddox, Pax, Zahara, Shiloh, dan kembar Knox and Vivienne, perbalahan pasangan Brad Pitt dan Angelina Jolie terus mendapat liputan media antarabangsa sehingga kini.

Hiburan Tue, 23 Apr 2019

‘Kalau Ada Jodoh, Adalah…’- Ara Johari Mengaku Ada Boyfriend?

Sepadan pulak kami tengok korang berdua ni…

Trending Thu, 25 Jun 2020
Hiburan Mon, 23 Sep 2019
Trending Wed, 31 Oct 2018

McDonald’s and RMHC Give 17,000 Malaysian Children New Sets of School Attire

What a great way to start a new school year than brand new clothes and supplies.