Hiburan By: Padin March 23, 2022 @ 5:07am

Selepas Single K-Pop Saranghae, ‘Oppa Malay’ Kini Kembali!

Mendapat jolokan Oppa Malay ketika menyertai program I Can See Your Voice Malaysia 2020, penyanyi Meer Nash, 27, kini hadir dengan buah tangan terbaharu.

Selepas muncul dengan single berjudul Saranghae berkonsepkan K-pop hasil ciptaan sendiri, Meer Nash kini melancarkan single terbaharu berjudul Kembali.

Pemilik nama sebenar Muhamad Shahmeer Mohd Nashrul ini mendapatkan sentuhan MFMF. dalam karya terbaharunya.

“Lagu ni pada pendapat saya lagu yang ‘chill’, ‘very easy listening’ dan dalam masa sama ‘fun’. Kembali juga lagu yang sangat ‘cute’ untuk ditujukan kepada ‘crush’ kalau tak berani nak meluahkan isi hati. Saya boleh bayangkan lagu ini dimainkan pada waktu pagi kerana ia lagu yang sesuai untuk memulakan hari kita.

“Lagu Kembali ini pada asasnya boleh dikatakan macam ‘pickup line’ dan ditujukan kepada orang yang kita suka. Contoh ‘pickup line’ maaf ku tak sengaja buat mu lelah kerna kau selalu berlari di minda.

“Sebab bukan semua orang berani meluahkan depan depan. Malah ada juga yang tak berani meski sekadar nak hantar mesej. Jadi lagu dihasilkan dan sesuai untuk mereka yang melalui situasi sedemikian. Kiranya, nanti boleh hantar link lagu dan boleh buat buat tanya ‘cute’ tak lagu ini, selesai,” katanya.

Berbanding single sebelumnya, Meer Nash berkata dia tidak terbabit dalam proses penghasilan lagu yang mendapat sentuhan MFMF. selaku penggubah dan penerbit.

Jejaka ini dapat belajar banyak perkara baharu dengan MFMF. yang disifatkan sebagai kumpulan anak muda yang kreatif dalam berkarya.

“Menerusi lagu ini saya tidak terbabit dari segi penciptaan dan penulisan lirik kerana menjalani proses kuarantin. Tapi MFMF. memaklumkan yang mereka menyiapkan lagu ini dalam tempoh lima jam saja. Ia sangat cepat.

“Dengan MFMF., apa boleh dikatakan mereka mempunyai idea yang segar dan tahu apa nak buat. Saya dapat belajar banyak perkara daripada mereka dan bukan menerbitkan muzik saja tapi pilihan gaya dalam nyanyian juga. Bagaimanapun, kami bersemangat,” katanya.

Berkongsi mengenai cabaran merakamkan lagu dan video lirik Kembali itu, Meer Nash berkata dia berdepan waktu yang singkat.

“Ketika proses rakaman, ia sangat relak, saya tidak rasa gementar seperti saya merakam lagu lain, kerana lagu ini sepatutnya ‘chill’, jadi cara nyanyi pun kena ‘chill’. Saya ingat MFMF. ada cakap letak tepi soal vokal dulu. Mereka mahu saya cuba sampaikan perasaan yang saya suka sangat, mengaku, jadi saya luahkan dan bercakap, jangan menyanyi.

“Dalam masa sama, MFMF. pun ada kawal vokal saya, ‘vibe’ macam mana yang sesuai dari segi tenaga sama ada perlu berlebihan atau kurangkan. Mereka yang hasilkan lagu ini jadi mereka lebih tahu pembawaan yang sesuai.

“Dari segi cabaran pula adalah jangka masa yang sangat pendek. Kalau ikutkan kami hanya ada masa dalam dua minggu lebih untuk siapkan lagu ini iaitu dari tidak ada melodi dan lirik hingga proses menghasilkan video muzik. Apabila semuanya selesai dalam tempoh itu saya macam tak percaya. Kami berjaya lakukan. Tahniah pada semua pasukan,” katanya.

Pastinya, Meer Nash mengharapkan lagu KEMBALI diterima baik dan mampu menambat hati pencinta muzik tanah air.

“Saya memang mahukan video lirik yang ringkas dan ‘sweet’. Jadi kami putuskan untuk buat konsep Facetime dan proses berjalan baik walaupun kami tidak mempunyai jalan cerita yang banyak.

“Saya berharap lagu ini boleh menjadi lagu yang orang ramai boleh jadikan medium untuk meluahkan isi hati mereka. Kalau boleh biarlah lagu ini membuatkan kita semua tersenyum pada saat permulaan hari, terhibur ketika sedang memandu, sekali gus membawa saya kepada khalayak dengan lebih dekat,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 13 Jan 2021

“Apa Yang Terbaik Untuk Kita Tak Semestinya Terbaik Untuk Orang Lain” – Alif Satar Kongsi Kata-Kata Positif

Ujian setiap orang berbeza beza, sentiasalah pilih untuk menjadi baik ❤️

Featured Mon, 13 Mar 2023
Hiburan Sun, 30 Jun 2019

‘Papa Selamat Ditemui, Terima Kasih Orang Gerik!’- Zahid Baharuddin

Terima kasih saudara mara di Teluk Intan yang bertungkus lumus mencari papa sehingga jumpa. Terima kasih juga pihak PDRM yang membantu. Semoga Allah SWT membalas jasa kalian semua. Syukur ya Allah…

Hiburan Tue, 19 Nov 2019

Adira Dan Dato’ Red Buang Yang Keruh Demi Anak-Anak?

Alhamdullillah…semoga semuanya berakhir dengan kesudahan yang baik.

Featured Fri, 10 Mar 2023

Susulan Tumbuk Isteri Hingga Cedera, Hafidz Roshdi Bakal Didakwa Isnin Depan

Semoga yang teraniaya diberi keadilan yang sewajarnya!

Hiburan Wed, 21 Feb 2018

SEDAP SANGAT KE SUARA ERNIE ZAKRI?

Baginya, keindahan lirik, melodi yang baik dan music arrangement dalam lagu-lagu bergenre etnik kreatif ini sentiasa mekar dalam diri masyarakat Malaysia

Trending Tue, 17 Sep 2019
Hiburan Mon, 9 Sep 2019

Tunai Umrah…Lan Solo Mohon Doa Peminat!

Semoga mendapat Umrah yang mabrur buat Lan Solo dan seluruh ahli keluarganya. Insha Allah…