Seminggu Sukar Bernafas, Awie Ditahan Di Hospital

Penyanyi dan pelakon terkenal, Datuk Awie dilaporkan berada di hospital selepas mengadu sukar bernafas.

Memetik laporan daripada Malaysia Kini, penyanyi berusia 50  tahun itu berdepan dengan masalah berkenaan sejak seminggu lalu.

“ Saya pun tak tau saya sakit apa. Tapi susah nak bernafaslah.

“Sebelum ni dah tiga hari saya duduk kat rumah, ni dah empat hari di hospital, kiranya seminggulah sakit ni,” katanya kini berada di sebuah hospital swasta di Ampang.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman turut memohon maaf selepas tidak dapat membuat persembahan di Tapak Pesta, Sg Nibong Pulau Pinang sempena Pesta Pulau Pinang.

Difahamkan, Awie perlu mendapatkan rawatan dan rehat secukupnya.

Semoga beliau diberi kesembuhan segera dan dapat menjalani aktiviti harian seperti sedia kala. Insha Allah…

SGMS Faida