Categories: Filem

Michelle Yeoh Teruja Tampil Dalam Filem Sekuel Terbaru Ip Man

Aktres antarabangsa yang juga merupakan anak kelahiran Ipoh, Perak ini menyifatkan penampilan terbaru beliau bersama pengarah filem seni mempertahankan diri yang terkenal Hong Kong iaitu Yuen Woo Ping menerusi filem Master Z : The Ip Man Legacy  adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan.

Tan Sri Michelle Yeoh berkata, filem terkakhir lakonan beliau dibawah arahan Woo Ping adalah The Crouching Tiger : Hidden Dragon, Sword of Destiny  yang dihasilkan beberapa tahun lepas.

Sumber : Instagram @michelleyeoh_official

” Ia berupa satu pengalaman yang hebat dapat berkerjasama semula, kami berkawan baik jadi memang menyeronokkan dapat bekerjasa dengan Woo Ping dan semua yang dihasilkannya.” Katanya ketika majlis pratonton filem tersebut di sebuah pawagam bertempat di Ipoh.

Tambahnya lagi, beliau bakal muncul dalam filem berjudul Last Christmas arahan Paul Feig yang dijadualkan bakal menemui peminat pada tahun depan.

Last Christmas juga turut menampilkan bintang Crazy Rich Asian, Henry Goulding bersama bintang Games of Thrones, Emilia Clarke. 

 

Salma Syahbuddin