Syifa Melvin Hidap Influenza A?

Adik kepada Syatilla Melvin ini turut berkongsi tentang sakit yang dihidapinya itu apabila memuat naik gambar dilaman instagram miliknya beberapa hari lepas. 

Syifa Melvin mengakui menghidap Influenza A apabila sudah beberapa hari demam dan akhirnya disahkan oleh doktor, Syifa terkena jangkit tersebut.

Menyedari bahaya jika membiarkan demam secara berterusan, Syifa turut meninggalkan pesanan buat followers beliau yang sudah mencecah 371k itu.
” Bahaya kalau tak rawat, kena pegi hospital dan makan ubat antiviral. Jangan ambik mudah okay!” Katanya
Sebvelum dimasukkan ke hospital, Syifa sempat menghadiri sesi pratonton drama lakonan beliau #SisCuba di TGV Sunway Pyramid khamis lalu.
Salma Syahbuddin