Hiburan By: Padin February 4, 2023 @ 8:16pm

Seniman Nasihatkan Pelakon Tak Terjerumus Cinta Lokasi

“Memberi pendapat menerusi sudut pandang Seniman, saya harap semua pelakon dapat mengekalkan sikap profesional untuk mengelak terjerumus dalam cinta lokasi.”

Demikian kata-kata Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi yang menasihati pelakon agar tidak terjebak dengan cinta lokasi supaya tidak menimbulkan sebarang masalah kepada syarikat produksi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Nafi Apa Yang Bella Astillah Dedahkan” – Lerai Persoalan, Aliff Aziz Jawab Spekulasi Dengan Sophia Albarakbah

ARTIKEL BERKAITAN: “Kita Masih Perlu Jumpa Di Set, Tapi…” – Kekal Profesional, Aliff Aziz Nafi Kontroversi Dengan Sophia Albarakbah Hanya Gimik

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Dakwa Sophia AlBarakbah Ganggu Rumah Tangga Aliff Aziz & Bella Astillah, Ruangan Komen Instagram Kena Serang

ARTIKEL BERKAITAN: “I Tak Nak Buat Statement Sebab…” – Sophia Albarakbah Tampil Perjelas Kontroversi Ganggu Rumah Tangga Aliff Aziz & Bella Astillah

Menurut Zed ketika diminta mengulas mengenai isu yang terjadi antara Sophia Albarakbah dan Aliff Aziz, terjebak cinta lokasi disifatkan sebagai tidak profesional dan boleh mencalarkan imej pekerja filem atau drama.

Malah ia juga mengundang kecaman jika hubungan cinta yang dibina adalah membabitkan pelakon yang sudah berstatus suami atau isteri orang.

“Jangan menjadikan method atau menghayati watak sebagai alasan untuk terjerat dalam cinta lokasi kerana perkara yang tak diingini itu boleh berlaku sekiranya pelakon sendiri terbawa-bawa dengan perasaan.

“Lokasi penggambaran adalah tempat untuk berlakon dan bekerja, bukan tempat untuk pelakon bermain cinta. Kembalikan fokus anda dan ingat semula niat untuk mencari sesuap nasi dalam bidang lakonan.

“Jangan terjebak dengak cinta lokasi di set penggambaran kerana pada akhirnya, kita sebenarnya akan susahkan diri sendiri dan orang lain juga,” katanya.

Tambah pelakon drama bersiri Sembilu Kasih ini, pihak Seniman tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan sekiranya ada pemain industri mahukan aktres itu digam di stesen televisyen.

Menurut Zed, sekiranya isu berkenaan membawa kepada kes mahkamah, barulah persatuan boleh mengambil tindakan mengikut garis panduan yang sepatutnya.

“Tindakan hanya boleh diambil selepas mahkamah tentukan seseorang itu bersalah. Bagi saya, mengulas mengenai hal ini, apabila timbul isu membabitkan mana-mana rumah tangga, seseorang artis seharusnya berkomunikasi dengan baik untuk menyelesaikan masalah yang terjadi.

“Apabila isu membabitkan sesebuah keluarga, selebriti yang terbabit kena tahu cara untuk memberi reaksi. Biasanya apabila seseorang artis itu kurang arif menguruskan perkara ini, mereka cenderung memberi reaksi menggunakan perasaan,” katanya.

Zed ditemui di majlis pelancaran pejabat KamiSempoi International Agency (KSIA) di Quill City Mall, Sebentar Tadi.

KSIA merupakan sebuah agensi di bawah TikTok Malaysia yang telah mengorak selangkah lagi kehadapan dengan pelancaran Pejabat Urusan KamiSempoi International Agency cawangan Kuala Lumpur yang bertempat di Quill City Mall.

Agensi bawah kelolaan pempengaruh popular, Pakcik Chin Swee atau nama sebenarnya, To Chin Swee ini mengumpulkan hampir 700 pempengaruh TikTok di bawah KSIA.

Selain Zed, majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti lain seperti Riezman Khuzaimi dan Johan Asari.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 26 Aug 2023
Hiburan Mon, 22 Jan 2018

Sufian Suhaimi Dah Bersedia Ke?

Penyanyi Sufian Suhami yang dikatakan bakal mengakhiri zaman bujangnya pada bulan Mac ini, bersama pelakon Elfira Loy, masih lagi menjadi tanda tanya kerana mereka masih tidak mempunyai tarikh dan masing-masing pula sibuk dengan urusan kerjaya. […]

Hiburan Mon, 23 May 2022
Trending Fri, 16 Feb 2018

10 THINGS FROM OUR CHILDHOOD THAT WILL BRING BACK SWEET MEMORIES

#Throwback to wonderful memories from our youthful days.

Events Mon, 20 Aug 2018

Media Prima Wins Multiple Awards

Malaysia’s largest integrated media group, Media Prima Television Network (MPTN), a division of the Media Prima Berhad group, has won the highest accolades at the Spark Awards for Media Excellence 2018 (Spark Awards), walking away […]

Trending Wed, 5 Sep 2018

Pakar Dari UK Yakin MH 370 Kini Di Hutan Tebal Kemboja?

Mengukur daripada pemandangan dalam peta Google, ia berukuran sepanjang 69 meter, tapi nampak seperti ada jarak antara ekor dan bahagian belakang pesawat itu.