Sering Dikenenkan, Erra Fazira Akui Masih Solo Tapi…

Primadona Malaysia, Erra Fazira akui lali dengan sikap segelintir pihak yang sering menjodohkan dirinya dengan individu tertentu seperti orang ternama dan selebriti.

“Benda ini dah lama kena. Dah biasa daripada dulu lagi banyak kali saya ‘dikahwinkan’, banyak kali saya digandingkan dengan sekian sipolan sipolan,” ujarnya.

Cukup matang dalam industri hiburan, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 48, memberitahu bahawa dia mengambil keputusan untuk menghiraukan kata-kata yang dilontarkan kepada dirinya kerana mengetahui perkara ini tidak akan berhenti di situ sahaja.

“Benda ini tidak akan berubah. Kalau kita kata stop lah, tak baik.

“Orang akan kata eleh macam kau baik sangat kan? Benda ini susah nak cakap.

“At the end of the day, dengan keadaan media sosial, dengan semua netizen dah semakin loud, semakin lantang. We cannot stop them!,” kata Erra.

Dalam pada itu, aktres Sembilu ini mengakui tidak akan menghiraukan mana-mana kontroversi melainkan perkara tersebut memberi kesan kepada dirinya.

Ketika ditanya mengenai status terkini, dia mengakui masih lagi mencari.

“Tapi kalau benda itu effect kita, do something about it.

“Tapi kalau benda itu tak effect pun kita, lantaklah engkau nak cakap apa pun.

“Saya rasa yang perlu berubah orang itu.

“Sekarang ini kita sedang semak ‘borang’ gitu,” katanya kepada XTRA.

Pelantun lagu Hanya Di Mata ini berkata demikian ketika ditemui di sidang media Showcase Wings One Night Only Live In Kuching & Awie Romantika Kota Kinabalu di Royale Chulan Hotel, Bukit Bintang pada Khamis.

Terdahulu, Erra dikatakan pernah menjalin hubungan istimewa dengan penyanyi, Shahir namun hubungan tersebut tidak berpanjangan.

Atiqah Johari