Setahun Dibelenggu Trauma, Penyanyi Wanita BBNU Dedah Hampir ‘Dicabul’ Vokalis Kumpulan Indie?

Seorang penyanyi wanita baharu atau lebih dikenali dengan budak baru nak up (BBNU) mendedahkan bahawa dirinya hampir dicabul.

Memetik laporan BOOM!, penyanyi yang dikenali menerusi sebuah program realiti nyanyian itu turut berkongsi bahawa individu yang cuba untuk mencabulnya itu juga merupakan seorang BBNU.

Menurut sumber, wanita tersebut sebenarnya sudah lama menyukai lelaki itu yang juga merupakan seorang vokalis bagi sebuah kumpulan indie dan dikatakan ‘crush’ kepada penyanyi wanita itu.

Bukan itu sahaja, difahamkan lagi, penyanyi wanita dan vokalis kumpulan indie itu juga merupakan penuntut universiti yang sama tetapi berlainan kohot.

Namun begitu, penyanyi baharu itu enggan membuat laporan mengenai insiden tersebut kerana ketakutan dan hanya memaklumkan kepada syarikat pengurusan.

Malah, penyanyi wanita itu masih dalam trauma walaupun insiden tersebut sudah setahun berlalu.

Sumber: BOOM!

Atiqah Johari