[VIDEO] Bawa Watak Suami Baran & Kaki Curang, Netizen Hampir Pecahkan TV Akibat Geram Dengan Karakter Zamarul Hisham

Nama pelakon berkaliber Zamarul Hisham menjadi perbualan hangat netizen selepas kemunculan hebatnya dalam drama bersiri Aku Tanpa Cintamu berjaya menimbulkan amarah netizen.

Zamarul, 51, membawa watak Adam iaitu seorang suami yang mempunyai masalah panas baran dan ‘kaki wanita’ kepada Nuha, lakonan aktres jelita Bella Astilah.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, beberapa sedutan dalam episode Aku Tanpa Cintamu yang telah ditayangkan telah dimuat naik  sehingga tular di serata media sosial terutamanya TikTok.

Antara babak yang dikongsi peminat drama tersebut adalah episode tujuh yang memaparkan Nuha terpaksa melayan Adam seperti seorang ‘raja’ serta tidak diberi peluang untuk bersembang dengan kakak dan ibunya.

Menerjah ke ruangan Instagram aktor hebat itu, rata-rata netizen meninggalkan komen berbaur tidak puas hati terhadap Adam sehingga ada dalam kalangan mereka yang bertindak hampir memecah televisyen akibat geram.

Ada juga dalam kalangan netizen yang memuji Zamarul kerana berjaya membawa watak panas baran sehingga menimbulkan rasa ‘kebencian’ terhadap karakter berkenaan.

Jangan lupa tonton drama Aku Tanpa Cintamu di slot Samarinda setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam dan strim secara langsung di www.tonton.com.my

Drama yang bakal menyuntik pelbagai perasaan daripada penonton ini menggandingkan pelakon-pelakon ternama tanah air seperti Zamarul Hisham, Bella Astillah, Jihaa Sham, Malek Mccrone, Mas Anizan, Dato’ Sri Eizlan Yusof dan ramai lagi. 

Artikel Berkaitan: Walau Atas Urusan Kerja, Bella Astillah Akui Segan Hubungi Lelaki Lain – “Saya Tak Pernah Chat Atau Kirim Mesej Langsung”

Aqilah Paharuzi