Setahun Lebih ‘Cuti’, Mawar Rashid Siap Sedia Untuk…

Selepas bersalin anak pertama pada Mac lalu, pelakon jelita Mawar Rashid dilihat kurang aktif di dalam bidang lakonan.

Namun begitu, isteri kepada Raf Yaakob ini dilaporkan sudah siap sedia kembali berkaksi di kaca televisyen selepas lebih setahun berehat.

“Selepas satu tahun lebih Mawar ‘cuti’ berlakon, dan kini, Mawar akan kembali berAKSI. Excited, nervous, happy, tak sabar, macam-macam lagi perasaan bercampur sekarang.

“Syukur Alhamdulillah Mawar diberi peluang untuk memegang watak dalam drama ‘CAMELIA’ slot Samarinda untuk saluran TV3,” ujar Mawar atau nama lengkapnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid ini. 

Ibu kepada Raden Muhammad Rafael ini turut berterima kasih kepada pengarah terkenal, Along Kamaludin dan penerbit, Hasniza Nordin atas kepercayaan yang diberikan kepadanya.

“Saya tidak sabar untuk kembali bekerja dengan barisan pelakon dan pengarah Along Kamaludin, antara pengarah terbaik di Malaysia.

“Doakan Mawar dapat menjayakan watak dengan sebaiknya dan semoga semua dipermudahkan,” akhirinya.

Terdahulu, Mawar pernah membintangi drama antaranya Kalis Kasih, Raisha 2, Aurora Aisyah dan banyak lagi. 

Mawar membolosi industri hiburan selepas memenangi kategori Dewi Kegemaran yang ditentukan sepenuhnya melalui undian peminat pada final Dewi Remaja 2014/2015, manakala Raysha Rizrose dinobatkan sebagai Dewi Remaja.

SGMS Faida