Setahun Usaha Perbaiki Solat, Aisyah Aziz Kongsi Kemanisan ‘Hijrah’ – “Lebih Kenal Erti Kesederhanaan & Tinggalkan Duniawi”

Penyanyi Singapura, Aisyah Aziz mengakui jiwanya kini lebih tenang selepas mendekatkan dirinya kepada Allah SWT dan mendalami agama Islam.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs) pada Ahad lalu, adik kepada penyanyi dan pelakon sensasi Alif Aziz ini memperbaiki solatnya serta tidak henti berdoa agar mendapat hidayahNya.

“Saya ingat lagi tahun lalu saya berdoa kepada Allah untuk kurniakan saya hidayah, izinkan saya mendapat petunjukNya selain kuat melepaskan apa yang perlu.

“Apabila saya berdoa begitu, pastinya Allah memberi peluang untuk hambaNya menjadi lebuh kuat. Saya diuji dengan dugaan pada 23 Januari tahun lalu sbagai petunjuk daripadaNya.

“Saya memperbaiki solat daripada seorang rakan dengan cara tidak pernah disangka ia akan memberi insprasi, selain mendapat ketenangan jiwa,” katanya.

Sementara itu, Aisyah berkata dia kini lebih mengenal erti kesederhanaan serta tidak lagi mengejar duniawi.

“Saya lebih memahami erti sederhana. Saya menangis sendiri dan bertanya adakah boleh untuk menghindari daripada perkara yang berkaitan duniawi.

“Hubungan dengan ibu ayah juga semakin baik dan saya dapat mengerjakan ibadah Umrah pada hujung tahun.

“Terlalu banyak untuk saya kongsikan namun belum tiba masanya. Mungkin ia antara saya dan Allah sahaja,” tulisnya lagi.

Sebelum ini, penampilan Aisyah yang manis memakai hijab mencuri perhatian ramai di platform media sosial.

Artikel Berkaitan: Manis Berhijab, Penampilan Terkini Aisyah Aziz Raih Pujian – “Secantik Namanya!”

Aqilah Paharuzi