Sharifah Sakinah Akui Lebih Tenang Selepas Berpisah – “Full Of Content…Lebih Menyayangi Anak Saya”

“Alhamdulillah I found my peace”

Demikian kata-kata pelakon Sharifah Sakinah apabila disoal mengenai kehidupannya kini selepas berpisah bersama bekas suaminya, Michael Hansen pada hujung tahun lalu.

Memetik laporan Gempak, Sakinah memaklumkan dia kini dalam keadaan baik sahaja malah kehidupannya lebih tenang.

“Saya jumpa ketenangan saya. Saya tahu ramai yang risaukan saya tapi terutama ketika saya botakkan kepala.

“Saya okey dan baik-baik saja kerana saya percaya pada diri saya. Saya begini pun masih ada rezeki untuk saya teruskan hidup.

“Kini saya tenang…’full of content’ penuh dengan rasa sayang dan lebih menyayangi anak saya. I botak ke macam mana I still ada rezeki, saya percaya pada diri saya.

“Namun tidaklah saya kata saya sentiasa positif kerana kadang-kadang perkara negatif itu yang membuatkan diri kita kuat,” katanya.

Dalam pada itu, Sakinah berkongsi dia tidak boleh teruskan hubungan bersama bekas suaminya itu kerana komitmen.

“Saya dengan dia (Michael) habis macam tu je lah. Tak boleh teruskan sebab masing-masing dah ada komitmen dengan anak-anak.

“Dia tak boleh pindah sini (Malaysia) dan saya pun sudah cuba untuk ikut dia berpindah ke sana tapi saya tak boleh kerana ada anxiety (keresahan).

“Saya tak boleh tinggalkan anak saya. Saya anxiety sebab bila apa-apa jadi pada anak saya contoh waktu 3 atau 4 pagi, macam mana saya nak pulang dengan segera.

“Jadi saya dah korbankan anak saya tapi nampaknya tak berjaya kerana saya perlukan anak saya bersama,” kongsinya.

Untuk rekod, Sakinah dan Michael mendirikan rumah tangga pada hujung 2020 namun mengumumkan perkahwinan mereka pada Februari 2021.

Sumber: Gempak

Khairil Khusyairi