Euforia Bola 2026
Featured By: Halimey Zamal November 11, 2022 @ 7:12pm

Sharifah Sakinah Berjubah & Bertutup Litup, Sharifah Shahirah Sempat Buat Lawak – “Aku Rasa Baik Tutup Semualah, Buruk Benar”

Terkenal dengan karakter yang ‘gila-gila’ dan penampilan yang seksi, pelakon Sharifah Sakinah sering dikecam oleh netizen di media sosial.

@shieraijoy jangan cakap kami tak ajar adik ye..kami ajar pelan pelan… kami pun sama merangkak #cubajadibaik #buatbuatbaik ♬ Ya Rabbana AnTarafna – zahra

Terbaru menerusi video perkongsian yang dibuat oleh kakaknya, Sharifah Shahirah atau Shiera di akaun TikTok, Sakinah mengenakan pakaian sopan dengan berjubah serta berniqab bersama adik-beradiknya yang lain.

Susulan daripada video itu, kapsyen yang ditulis oleh Shiera mengundang rasa sebak wargamaya kerana sebagai seorang kakak dia juga mahu yang terbaik untuk adiknya supaya diberikan hidayah dan berubah menjadi manusia yang lebih baik.

“Jangan cakap kami tak ajar adik ya, kami ajar pelan-pelan. Kami pun sama merangkak,” tulisnya.

Menerusi hantaran tersebut, terdengar suara Shiera yang menyuruh adiknya itu untuk bertutup litup  kerana mendakwa penampilannya yang terdedah dilihat kurang manis.

“Aku rasa baik tutup semualah, buruk benar,” kata Shiera sambil ketawa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji adik beradik Sakinah dan berpendapat tidak perlu menghukum seseorang kerana kita tidak tahu pengakhiran seseorang hamba itu, mungkin akan berubah menjadi lebih baik dari yang disangkakan.

“Jangan hina buruk orang, esok dia berubah lebih baik dari kita. Contohnya, Mizz Nina, Neelofa dan Izara,” tulis warganet.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 44,000 tontonan, 227 komen dan lebih 8,000 tanda suka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 10 Oct 2023
Featured Wed, 11 Jun 2025

Bergayut Lebih 48 Jam, Ini Respons Ameera Khan – “Saya Clingy, Jefri Nichol Juga Clingy”

48 jam bergayut tanpa henti tidak menjadi masalah buat Ameera Khan dan Jefri Nichol.

Trending Wed, 29 Apr 2020
Hiburan Mon, 25 Dec 2017

Giliran anak Shaheizy Sam pula…

followers di Instagram dah hampir 400,000. Power betul ‘penangan’ anak aktor Shaheizy Sam ni!

Eat Travel Fri, 3 Feb 2023
Hiburan Sat, 27 Oct 2018

与圈外女友交往1年 李吉汉韩国求婚成功

「全民偶像」Daniel李吉汉在韩国向交往1年的圈外女友求婚成功!

Hiburan Thu, 28 Nov 2019

Dikecam Nyanyi Tak Sedap, Nazim Minta Tolong Mentor Ernie Zakri

Kalau dah minat, teruskan je lah. Pedulikan tanggapan negatif orang lain!

error: Content is protected !!