Shiha Zikir Berkawan Rapat Dengan Pendakwah Terkenal?

Penyanyi Shiha Zikir mengakui berkawan rapat dengan Pencetus Ummah Azman Syah Alias (PU Azman) sejak Ramadhan tahun lalu.

Namun begitu, pelantun PipiYama ini menyangkal gosip mengatakan mereka sedang bercinta.

“ Kawan saja, tak lebih dari itu. Saya mula kenal dengan beliau di Instagram selepas saya menegurnya ketika beliau sedang LIVE di IG. Pada awalnya, beliau juga terkejut seterusnya bertanya pada anak buahnya sama ada betul ke ni Shiha Zikir.

“ Tiada niat untuk mengorat beliau kerana saya kagum dengan pendekatan PU Azman dalam berdakwah. Pendekatannya dilihat tidak pernah menjatuhkan atau membuka aib mana-mana pihak. Itu yang membuatkan saya senang untuk berkawan dengannya.

Tapi jangan salah sangka, saya dengan PU Azman tiada apa-apa hubungan. Hanya kawan biasa,” katanya kepada XTRA.

Sementara itu, penyanyi berusia 31 tahun ini memberitahu PU Azman juga pernah ke rumah keluarganya pada Raya Aidilfitri tahun lalu.

“ Bukan dia seorang sahaja malah IPPO Hafiz turut serta. Kami juga ada jamming secara santai di rumah bersama keluarga.

“ Saya senang mengenali beliau secara peribadi dan jika ada persoalan tentang hal-hal agama, saya akan rujuk kepadanya. Beliau juga bukan individu yang suka judge orang lain, itu yang lebih membuatkan saya menghormatinya,” akhirinya.

SGMS Faida