Shuk Dan Jihan Confirm Buat Korang Pecah Perut Dalam…

Apakah yang meletup sekiranya seorang pelawak wanita yang besar bakatnya bergabung dengan seorang pelawak yang besar perutnya? Pada awal tahun 2019, Shuk Sahar dan Jihan Muse bakal bergabungdalam  sebuah rancangan bual bicara mereka sendiri untuk menghiburkan malam minggu penonton setia TV3 selama satu jam bermula 6 Januari pada pukul 11 malam.

Setiap episod akan bermula dengan sebuah nyanyian parodi oleh Shuk dan Jihan yang akan berakhir dengan kemunculan tiga artis jemputan. Antara artis jemputan yang akan menghiburkan para penonton ialah Izzue Islam, Erwin Dawson, Elly Mazlein, Amy Mastura, Ara Johari, Azrel Ismail, Nadia Brian, dan ramai lagi.

 

Segmen kedua dinamakan Tahan! Tahan! Tahan! Dimana tetamu jemputan akan berentap sesama mereka dan perlu menahan ketawa daripada aksi-aksi lucu yang dilakukan oleh Jihan dan Shuk. Selebriti yang kalah akan didenda dengan makanan-makanan aneh seperti otak lembu, telur mentah, wasabi dalam nasi himpit, set sirih dan banyak lagi.

Manakala di episod lainnya, para selebriti akan bermain permainan yang dinamakan ‘Pening Lalat’. Dalam permainan ini, mereka akan diajukan beberapa soalan mudah. Tetapi untuk menjawab soalan-soalan itu, mereka perlu berputar di atas kerusi sebanyak 10 pusingan dan berlari untuk menekan butang.

Salma Syahbuddin