Hiburan By: SGMS Faida July 25, 2019 @ 1:59pm

Siap Sedia Jadi Isteri, Nadia Brian Belajar Buat Muffin

Bakal bergelar isteri tidak lama lagi, pelakon Nadia Brian mengaku membuat persiapan belajar menghasilkan muffin.

Kata Nadia ketika ditemui Xtra, dia juga sedang berusaha menceburkan diri dalam perniagaan muffin atas talian.

“Perniagaan yang diberi nama Muffin Puffin ini baru sahaja diusahakan. Untuk permulaan saya menjual muffin atas talian sahaja. Semuanya dalam proses kemas kini termasuklah logo dan laman sosial media jenama.

“Saya memang gemar dengan manisan termasuklah kek dan muffin. Jadi tidak salah kalau saya mencuba sesuatu baharu memandangkan saya juga bakal memasuki fasa baharu dalam hidup tidak lama lagi,”katanya ketika ditemui di majlis perasmian salon rambut, bulu mata The Hair TRIC & Lashility di MyTown, Kuala Lumpur.

Menurut Nadia, muffin istimewa keluarannya disertakan dengan ‘sos coklat’ yang boleh disalut bersama muffin.

Dalam masa sama, Nadia Brian yang bergelar tunangan kepada pengurus akaun di sebuah syarikat swasta, Mu’izz Nasruddin bakal bernikah pada 9 November depan. 

Dalam perkembangan lain, Nadia kini sibuk di set penggambaran drama bersiri berjudul Lelakiku Yang Dulu yang bakal disiarkan di slot Akasia TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 21 Apr 2019

Ziana Zain: “I’m a Mother as Well as a Father to My Children…”

“I would prepare their breakfast and send them to school, and return home to prepare their lunch…”

Hiburan Fri, 25 May 2018

Bila Dah Pulih, Fendy Kongsi Cerita Ya!

Assalammulaikum kesayangan abang. Untuk makluman semua abang sihat saja kat sini. Sakit pun cuma sikit saja. Tak ada la sampai teruk sangat macam yang hangpa (kamu) tengok tu. Ironman pun boleh sakit, takkan la abang yang macam ni tak boleh sakit…

Hiburan Tue, 20 Dec 2022
Hiburan Tue, 20 Feb 2024

‘Merindu’ Buah Tangan Madam Untuk Peminat

tahniah Madam untuk lagu baru