Siapa Artis Yang Di ‘Sekolah’ Pengarah Terkenal Ini?

Pengarah drama popular, Shahrulezad Mohameddin ini berkongsi rasa kecewa beliau terhadap sikap segelintir pelakon yang mula lupa diri apabila sudah dikenali dan berjaya. 

Menurut Sharulezad, beliau lebih terkilan apabila pelakon yang dahulunya pernah berada di bawah didikannya namun kini sudah mampu bersikap diva dan sombong apatah lagi nak pandang dan melemparkan senyuman pun susah. Bukan itu sahaja, pelakon ini juga ada yang sudah mampu meletakkan harga tinggi. Apa kes?

Sharulezad percaya, walaupun sudah bertahun menjadi pengarah dan sudah banyak melahirkan pelakon malah ada antara mereka yang sudah popular dan ada juga yang suam-suam kuku. Tetapi menurutnya, sikap sebegini tidak seharusnya ada.

” Ada yang mula-mula berlakon dulu satu hapah pun takd, Sampai baju pun abang kena sediakan. Skill lakonan pun ke laut. Mengharapkan abang ajar mereka. Tapi bila meletop pandang abam balik pun tidak. Ada yang sesetengahnya siap demand balik kat abam mendabik dada itulah rate mereka dipasaran”

“Sehingga mereka terlupa dengan abam lah mula-mula mereka merangkak meminta peluang untuk masuk dalam insdustri.” Katanya

Namun, bagi pengarah ini, cuma segelintir je artis yang berperangai macam ni, selebihnya ada je yang berbudi bahasa. Namun, bila adanya artis macam ni sedikit sebanyak rosak lah nama pelakon lain.

Shahrulezad turut berkongsi perasaan beliau menerusi laman twitter miliknya berhubung perkara ini.

Menurutnya, idea songsang ini timbul apabila terdapat beberapa bakat baru yang meluahkan perasaan mereka untuk berlakon di bawah arahannya.
Salma Syahbuddin