Simbolik Masuk Bola Dalam Baju, Safawi Rasid Sahkan Syifa Melvin Hamil 6 Bulan

Pemain bola sepak kebangsaan, Safawi Rasid telah mengesahkan bahawa isterinya, Syifa Melvin telah hamil anak pertama mereka.

Berita gembira itu telah dikongsi ketika selesai perlawanan bola sepak di antara Malaysia dan Kepulauan Solomon malam tadi.

@kyrol_qeen93 World class gol dari safawi rashid🔥🔥 #harimaumalaya #malaysia #malaysiatiktok #solomanislands #football #goals #worldclass #safawirasid29 #fyp #fypシ ♬ Disappear – Maniak-B

Apa yang menarik, Safawi sempat memberikan ‘hint’ ketika dia berjaya menjaringkan gol dengan memasukkan bola ke dalam bajunya dan menganggap bahawa gol tersebut merupakan hadiah buat isterinya.

“Ya betul dia sedang mengandung. Gol tadi merupakan hadiah untuk isteri saya. Doakan kami, semoga semuanya selamat,” katanya.

Safawi juga turut mendedahkan bahawa usia kandungan Syifa sudah menginjak ke 6 bulan.

Terdahulu, adik kepada pelakon, Syatilla Melvin itu sering mendapat usikan netizen kerana bentuk fizikalnya yang dikatakan seperti berbadan dua tetapi tuan empunya badan tidak memberikan sebarang kenyataan berkenaan perkara tersebut.

Izzi Farhana