” Single, But Not Available!” – Fasha Sandha Perjelas Video Peluk Cium Aidil

Susulan penularan video peluk erat dan cium pipi pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz semalam, Fasha akui yang beliau kini sudah berpunya. Dan, menerusi penjelasan tersebut Fasha secara tidak langsung turut memberi peringatan kepada mana-mana jejaka yang mahu mendekati dirinya.

Ketika diajukan soalan mengenai status dirinya dan Aidil, Fasha enggan mengulas dengan lebih lanjut kerana pelakon itu lebih selesa menganggap Aidil hanya sekadar kawan yang paling rapat dengan dirinya. Dan, Fasha sama sekali enggan mengulas tentang rakaman video tersebut kerana tidak mahu memanjangkan perkara tersebut. 

Sumber : Instagram @fashasandha

“Ya, saya single but not available! Saya tidak mahu meletakkan hubungan kami sebagai bercinta kerana lebih selesa dengan terma berkawan. Saya belum bersedia untuk bercakap soal hati dengan lebih lanjut kerana kita tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang. Tetapi, apa yang boleh saya katakan dia adalah lelaki paling rapat dengan saya. Dan, mengenai penularan video tersebutsayya tak nak komen mengenai video itu kerana jika diulas, ia akan berpanjangan.” Katanya ketika ditemui pada majlis pratonton filem Blok 404, malam tadi.

Kilafairy dan Fasha Sandha semasa majlis pratonton filem Blok 404

Fasha mengakui sedang bahagia dengan kehidupannya sekarang tetapi masih belum mahu memikirkan soal perkahwinan kerana mahu terus fokus terhadap kerjaya seninya.

Dalam perkembangan lain, Fasha masih lagi sibuk dengan penggambaran sebuah drama berjudul, Dipinggir Neraka, terbitan TV3.

Apapun, kita mendoakan yang terbaik buat Fasha Sandha semoga kerjaya seni beliau semakin berkembang. Tapi, kalau Fasha makan nasi minyak nanti, jangan lupa jemput kami di xtra ya!

Salma Syahbuddin