Single Terbaru Usop Selamanya Sambung Kisah Aku Yang Bersalah

Bekas peserta Mentor Milenia 2017 ini mengakui tidak berputus asa untuk terus mencuri perhatian peminatnya apabila tampil dengan single terbaru berjudul Selamanya

Lagu bergenre Pop Rock masih dikekalkan kerana ianya sangat bersesuaian dengan vokal dan nyanyian Usop. Lagu ciptaan dan hasil nukilan Ziin dan Bulan Penuh ini, mengisahkan tentang seorang lelaki yang masih setia dalam percintaan walaupun harapannya tidak kesampaian.

Menurut Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records, Feros berkata, vokal yang ditunjukkan oleh Usop menerusi lagu Selamanya membuatkan lagu ini sebenarnya mempunyai keunikan tersendiri. 

” Bukan bakat nyanyian sahaja malah bakat dari segi lakonan Usop dalam MV membuatkan lagu ini lebih terkesan dan sedih. Diharapkan lagu Selamanya mendapat sambutan peminat dan ia juga sekaligus sebagai hadiah kepada peminat Usop” Katanya.

Jadi tunggu apa lagi, lagu Selamanya juga boleh dimuat turun di iTunes ataupun menerusi penstriman atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. 

 

Salma Syahbuddin