Featured By: Salma Syahbuddin January 19, 2024 @ 12:04pm

Siti Nurhaliza Sambut Baik Hasrat Mahalini Mahu Berkolaborasi – “Pulang Dari Umrah Dapat Khabar Indah”

Penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyambut baik hasrat penyanyi popular Indonesia, Mahalini Raharja untuk berkolaborasi bersama dengannya menerusi album akan datang.

Menurut Siti, dia senang apabila mengetahui mengenai perkara itu sebaik sahaja pulang dari mengerjakan umrah, baru-baru ini.

“Masya-Allah, pulang dari umrah dapat khabar indah. Sudah pasti kita boleh kolaborasi bersama Mahaliniraharja,” katanya.

Perkara itu dikongsi Siti atau lebih mesra dengan panggilan TokTi menerusi hantaran di Instastory miliknya.

Sebelum ini, pemilik lagu popular berjudul Melawan Restu itu meluahkan hasratnya untuk mencipta sebuah lagu buat idolanya, Siti Nurhaliza.

“Saya mengalu-alu dan terbuka tetapi persoalannya Datuk Siti mahukah? Kalau tanya saya, mestilah saya mahu. Adakah beliau sudi untuk menerima lagu saya?.

“Beliau memberikan erti peribadi buat saya kerana ketika awal-awal kemunculan dahulu, saya pernah bawakan lagu Datuk Siti di televisyen dan memang banyak kali mendengar namanya di mana-manaulasnya ketika sidang media Konsert Mahalini Lovechestra bertempat di The Roomah, Publika pada 13 Januari lalu.

Manakala, Siti menerusi hantaran di platform sam aturut memberikan respons positif terhadap hasrat dan pelawaan Mahalini sekaligus berharap penyanyi itu akan terus sukses.

ARTIKEL BERKAITAN:Mahalini Berhasrat Cipta Lagu Untuk Siti Nurhaliza, Tuan Badan Berbesar Hati – “Jangan Lupa Ya, Semoga Sukses Selalu”

ARTIKEL BERKAITAN:‘Satu Tuju’ Jadi Kenyataan, Rizky Febian & Mahalini Sah Bertunang

ARTIKEL BERKAITAN:”Selain Bahagia Bersama, Kami Juga Melakukan Hal-Hal Bodoh Berdua…”- Jawab Soal Kahwin, Rizky Febian & Mahalini Pilih Privasi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 23 Nov 2017

Nabil Hilang Hormat Pada Chef Wan Selepas Dikritik

Nabil Ahmad mengakui yang beliau sudah hilang hormat terhadap Chef Wan selepas kritikan negatif sebegitu datang dari individu terpengaruh seperti dirinya

Hiburan Wed, 7 Nov 2018

‘ Tak Kisahlah Orang Nak Kata Apa, Janji Anak Kita Happy’, Che Ta Bawa Aaisyah Ke Jepun Sambut Hari Jadi

Happy Birthday, Ecah! Semoga jadi anak solehah dan kebanggaan keluarga di masa akan datang.

Trending Wed, 29 Jun 2022
Featured Thu, 18 Jan 2024
Featured Thu, 26 Jan 2023
Trending Fri, 13 Sep 2019

Polis Buru Individu Yang Hina Institusi Diraja

Dipercayai Jadi Punca Raja Permaisuri Tutup Akaun Twitter

Events Sun, 9 Feb 2020

Karpet Merah #AJL34 Lebih Bergaya Dan Stylo!

hangatkan malam AJL34 guys!