#SkoolXTRA Perwatakan ‘Very Boyish’, Ahli Kadet Tentera Udara & Pernah Pengsan Gara-Gara… Ini 3 Memori Shiha Zikir Di Sekolah

Segment #SkoolXTRA hari ini menampilkan penyanyi dan juga pelakon popular, Shiha Zikir yang mengimbas kembali memori di bangku sekolah dahulu.

Fuh! Kalau anda nak tahu Shiha dulu seorang ahli Kadet Tentera Udara tau! Bukan biasa-biasa okey!

Jom kita throwback balik momen-momen Shiha dulu. Katanya dulu dia suka tidur dalam kelas.. betul ke?

Perwatakan ‘Boyish’

“Saya dulu lasak, very ‘boyish’, kalau saya tak jadi penyanyi, mesti sampai sekarang ‘boyish’ lagi hahaha.

“Aktif juga, sebab setiap minggu saya pergi perkhemahan, dulu muka saya agak gelap sikit.

Ketua nasyid sekolah

“Dulu saya aktif nyanyi juga sejak sekolah rendah lagi.

“Saya ketua nasyid sekolah tau, selalu masuk pertandingan. Kalau sekolah menengah pula, saya selalu dipanggil untuk buat persembahan.

“Lagi best, pernah wakil sekolah untuk pertandinan lagu-lagu Melayu asli semua peringkat lah, hebat tak?

Pernah pengsan gara-gara asma

“Sukan juga saya aktif walaupun kaki saya agak pendek.

“Saya pernah join sukan lompat jauh, larian 4×100 tapi sampai satu masa saya terpengsan sebab ada asma. Start daripada tu saya tak dibenarkan join aktiviti sukan.

Fuh! aktif juga ya Shiha dulu dekat sekolah kan? Best juga kan momen-momen Shiha ni!

Khairil Khusyairi