“So Cantik!”- Bachelorette Party Uqasha Senrose Curi Perhatian, Netizen Agak Majlis Dah Dekat

Seolah-olah memberi bayaran bahawa hari bahagia mereka semakin hampir, pasangan selebriti, Uqasha Senrose dan Kamal Adli masing-masing memberikan petunjuk mengenai hari bahagia mereka.

Selepas Kamal berkongsi sesi fitting bersama pereka fesyen terkenal pada Selasa, Uqasha pula dilihat menyambut Bachelorette Party bersama ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat dalam satu majlis yang cukup ringkas.

Majlis yang diadakan di sebuah restoran terkenal itu turut mencuri perhatian apabila Uqasha menghadiahkan tetamunya dengan seutas rantai loket yang disertakan gambarnya.

“So cantik! Ya Allah kau permudahkan semua urusan”

Selain itu, Kamal juga dilihat sempat berkongsi momen manis suri hatinya itu ketika sambutan Bachelorette Party tersebut.

“So cantik, Ya Allah kau permudahkan semua urusan,”tulisnya.

“Tak lama  dah tu…”

Berdasarkan pemerhatian Xtra, rata-rata peminat saling berteka teki bahawa majlis perkahwinan pasangan sejoli ini kian hampir malah, turut mendoakan agar segala urusan perkahwinan mereka dipermudahkan.

Pada Mac lalu, Uqasha dan Kamal memaklumkan kepada media bahawa mereka bakal mengadakan tiga majlis resepsi untuk hari bahagia mereka nanti.

Selain, mereka juga berhasrat mengadakan majlis perkahwinan di kawasan tanah tinggi.

Salma Syahbuddin