160,000 Kenderaan Sehari Dijangka Ke Pantai Timur

Kebenaran rentas negeri dijangka bakal diberikan kepada rakyat setelah negara mencapai kadar 90 peratus vaksinasi.

Justeru, pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) ANIH Berhad  menjangkakan trafik lebuh raya itu akan mengalami pertambahan jumlah kenderaan 150,000 ke 160,000 sehari menuju ke Pantai Timur.

Menurut Ketua Operasi dan Penyelenggaraan ANIH Berhad, Ainul Hasri Shah Abu Hassan, kesesakan pasti akan berlaku terutama dalam kawasan Lembah Klang.

“Bagi kami, sudah tentu akan melakukan persediaan pembukaan rentas negeri ini dan masing-masing 13 tol di plaza tol timur dan barat juga mencukupi dalam menangani pertambahan kenderaan ini.

“Bagaimanapun kita jangkakan rentas negeri kali ini akan berjalan lancar susulan lebuh raya Central Spine Road (CSR) dari Bentong ke Gua Musang (laluan Pantai Timur) dijangka mula dibuka esok,” katanya kepada BH, hari ini.

“Kesemua plaza tol ANIH Berhad mengguna pakai kemudahan Touch ‘n Go dan Smart Tag serta teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), namun pengguna juga boleh menambah nilai di pusat Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh dan Plaza Tol Gambang.

“Kami juga berharap sekiranya rentas negeri diumum, sekatan jalan raya oleh pihak berkuasa dibuka sepenuhnya kerana kesesakan harian biasanya berlaku di situ,” katanya.

Sumber: BH

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”