Sophia AlBarakbah Didakwa Putus Dengan Kekasih?

Pemenang trofi Aktres Filem Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-35 (ABPBH35), Sophia AlBarakbah masih mengunci mulut berkenaan dakwaan kononnya dia telahpun berpisah dengan kekasih hatinya,

Katanya, buat masa ini dia mahu fokus dalam bidang lakonan disamping mahu mengukuhkan lagi kerjaya seninya itu.

“Saya sibuk membuat persiapan untuk ke lokasi penggambaran termasuk projek filem baru tidak lama lagi.

“Berkenaan perkara itu, maaf saya tidak mahu komen,” katanya.

Terdahulu, hubungan Sophia, 30, bersama kekasihnya yang dikenali sebagai Mr Doktor mula menjadi perhatian selepas aktres itu mengambil keputusan untuk memperkenalkannya kepada umum.

Malah, kelibat pasangan ini juga sering dilihat pada acara-acara istimewa apabila Mr Doktor tampak selesa menemani kekasihnya itu.

 

Sumber: Harian Metro

Salma Syahbuddin