Sticker ‘I Hate You’ Jadi Tanda Tanya, Janna Nick Ada Masalah Dengan Bapa?

Timbul tanda tanya apabila pelakon Janna Nick memuat naik lagu yang menggambarkan dia sedang mempunyai masalah dengan bapanya.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, lagu yang digunakan adalah nyanyian oleh Demi Lovato yang berjudul Father.

Di dalam video tersebut juga, Janna menggunakan gambarnya sedang bermain piano di sebuah ladang bunga lavender dan meletakkan gif yang tertulis ‘I Hate You’.

Berdasarkan lirik yang dikongsikan, ia seakan memberitahu dia membenci bapanya.

“Kadang-kadang saya rasa saya benci awak. Saya minta maaf ayah, kerana merasakan ini. Saya tak sangka saya beritahu apa yang saya rasa ni,” terjemahan lirik lagu tersebut.

Terdahulu, Janna pernah berkongsi ibu bapanya telah bercerai pada usianya masih kecil lagi dan dia membesar di bawah jagaan neneknya.

Menurutnya, dia membesar seorang diri tanpa ibu bapa dan hanya dikelilingi kawan-kawan.

Maya Basir