Suami Mizz Nina Wakil Sulh Hak Penjagaan Anak, Noh Salleh Mohon Doakan Yang Terbaik

Penyanyi Noh Salleh berharap dan memohon doa kepada semua pihak agar proses penyelesaian berhubung kes penjagaan anaknya, Musa berjalan dengan baik, hari ini.

Memetik laporan mStar, vokalis kumpulan Hujan itu tiba di Mahkahamh Tinggi Syariah, Shah Alam awal pagi tadi dengan memakai pakaian berwarna hitam dan ditemani dua orang pengawal peribadinya.

“Saya mendoakan penyelesaian yang baik, Inshaa-Allah,” ulasnya.

Manakala, peguam yang mewakili Mizz Nina iaitu Mahmud Abdul Jumaat memaklumkan, anak guamnya itu tidak dapat hadir dan hanya diwakili oleh suaminya, Essam Muhammad.

Untuk info, Noh hadir di Mahkamah Tinggi hari ini bagi prosiding Sulh yang difailkan bekas isterinya, Mizz Nina.

Sebelum ini, Mizz Nina atau nama penuhnya, Shazrina Azman mendakwa Noh telah membawa keluar tanpa izin anak angkat mereka semasa ketiadaannya.

Dan, lebih mengecewakan apabila bekas suaminya itu memuat naik foto Musa di platform media sosial, sekaligus memungkiri perjanjian yang telah dibuat, termasuklah berkelakuan tidak sensitif apabila mendedahkan nama penuh ibu kandung Musa dalam kenyataan permohonan maaf sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN:”Dia Yang Mungkir Janji Dan Kata Dia Tak Tahu?” –  Mizz Nina Rasa Dikhianati, Dedah Bekas Suami Langgar Perjanjian & Tidak Sensitif Isu Privasi Ibu Kandung Musa 

ARTIKEL BERKAITAN:”Anak Diambil Ketika Saya Berada Dalam Penerbangan Tanpa Izin & Pengetahuan” – Terkesan ‘Hilang’ Musa Selama Lebih 3 Minggu, Mizz Nina Akhirnya Buka Mulut

 

Sumber: mStar

Salma Syahbuddin