Sudah Mula Rasa Tak Sihat, Shaheizy Sam Akui Berat Badan Makin Bertambah

Sebelum ini ramai yang terkejut dengan penampilan Pelakon Polis Evo ini apabila beliau memuat naik gambarnya di akaun instagram miliknya beberapa hari lepas. 

Menurut Sam, beliau sudah mula rasa tidak sihat akibat kenaikan berat badan yang mendadak sehingga mencecah 80.9 kg.

“Bila berat badan naik, saya sudah mula rasa tidak sihat. Bila batuk saya rasa migrain dan bila naik tangga sahaja, saya sudah rasa mengah. Dan yang paling ketara adalah apabila mengalami sakit lutut” Katanya.

Bagi Sam,  punca berat badan beliau naik ketika beliau mula berehat dari dunia lakonan.

“Saya sekarang memang sedang bercuti daripada sebarang kerjaya lakonan apabila banyaknya waktu rehat dan selera makan pun bertambah. Dan 90 peratus baju dalam almari pakaian saya memang dah tak muat” Jelasnya.

Bagaimanapun, Sam sempat mengucapkan terima kasih buat followers beliau apabila sentiasa mengingatkan beliau supaya selalu menjaga kesihatan.

” Terima kasih kepada mereka yang mengingatkan saya supaya menjaga kesihatan. Saya setuju dengan pendapat mereka, kerana sememangnya banyak kesan buruk apabila kolesterol berlebihan di dalam badan terutamanya apabila umur semakin meningkat” Tambahnya.

Justeru itu, Sam turut mengajak peminatnya agar sentiasa menjaga kesihatan dan menurunkan berat badan.

 

Salma Syahbuddin