Categories: HiburanSelebriti

SUFIAN – ELFIRA SAH PUTUS TUNANG! BAPA EL DAH PULANG CINCIN

Akhirnya segala persoalan mengenai kisah pertunangan Sufian Suhaimi dan Elfira Loy telahpun terjawab apabila bapa El telahpun sah memulangkan cincin pertunangan mengikut adat dalam satu sesi pertemuan bertempat dikediaman keluarga Sufian petang semalam.

Dikhabarkan semasa pertemuan tersebut, Sufian tidak berada dirumah dan hanya bapa serta bapa saudaranya sahaja berada disana. Seperti yang dikatakan ibu El sebelum ini, Ahmad Sabri iaitu bapa El juga menganggap tiada jodoh antara mereka berdua. Namun, punca perpisahan mereka enggan didedahkan bagi menjaga hati sesetengah pihak. 

Sumber : Instagram @elfiraloy

“Kami sekeluarga sdah membuat keputusan memutuskan tali pertunangan antara Elfira dan Sufian. Kami anggap antara anak saya dan Sufian tiada jodoh. Apa juga alasan atau sebab musabab lain itu tak perlulah ditulis kerana ia akan menyakitkan hati dan menyinggung perasaan orang lain. Biarlah ia tersimpan erat dan hanya keluarga masing-masing sahaja yang tahu.”

Sumber : Instagram @sufiansuhaimi

Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober 2017 dan dijangka akan melangsungkan perkahwinan pada Mac 2018.

Apapun, buat El dan Sufian, anggaplah ini sebagai ujian dan dugaan. Diharap Sufian dan El terus move on dalam menjalani kehidupan masing-masing.

 

Salma Syahbuddin